Hari ini, saya nak bercerita tentang hak pekerja wanita secara khusus. Tetapi ia juga berkenaan dengan keluarga, so lelaki kena juga baca.

 

Di university tempat saya bekerja, saya terlibat di dalam komiti yang menjaga pekerja-pekerja wanita. Komiti ini, dalam lebih kurang 10 orang lelaki dan wanita terdiri dari beberapa orang professor sehinggalah peringkat kerani, tapi saya seorang sahaja yang ‘lain’. Saya mewakili dept saya.

Antara lain, komiti ini memastikah bahwa pihak university memberi sepenuh sokongan kepada pekerja-pekerja yang memerlukan pertolongan dalam hal-hal kekeluargaan. Wanita yang telah mengambil cuti bersalin (di UK, kita boleh ambil cuti bersalin bergaji selama 39 minggu, dan employer wajib memberikan cuti sekiranya diminta, sehingga 52 minggu, kaum bapa 2 minggu) diberikan re-training bila mereka kembali, tidak boleh di discriminate dari segi gaji, pangkat dan status. Pekerja juga wajar dibenarkan bekerja secara flexible hours dan part time (tak sama antara dua tu), seperti yang saya lakukan sekarang. Semasa saya menjalani PhD saya dahulu, boss saya juga membenarkan saya membuat sebahagian dari kerja saya dari rumah.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ar-Rum: 21

Kenapa wanita memerlukan sokongan lebih? Kerana secara fitrahnya, ramai wanita yang duduk menjaga anak di rumah berbanding pekerja lelaki, dan banyak kajian yang menunjukkan wanita lebih ‘humble’ dan memandang rendah kepada keupayaan diri sendiri berbanding lelaki [1]. Sebagai contoh, sekiranya org lelaki mendapat markah 70%, dia akan bercakap,”oh saya berjaya mendapat markah yang sangat bagus, saya score bab sekian dan sekian, saya telah berjaya!” dan menjual ceritanya sana sini, manakala wanita yang mendapat 98% akan berkata, “saya telah gagal untuk mendapatkan 2 lagi markah, saya taklah pandai mana etc.” Dan kajian juga telah banyak menunjukkan tentang ketidak-samaan bayaran dalam gaji kepada gender yang berlainan ini walaupun mereka mempunyai kelayakan yang sama [2].

Komiti kami telah mengusahakan beberapa program untuk para wanita, training dari segi nasihat pekerjaan etc. Komiti ini begitu kuat sehingga sekiranya by tahun 2015, pihak university tidak dapat mencapai specific target, ia tidak berhak lagi menerima grant dari pihak-pihak berwajib.

Walaupun England masih banyak ketinggalan dari segi hak menjaga pekerja wanita berbanding dengan negara Eropah yang lain, saya kira ia masih banyak maju berbanding dengan negara kita. Saya menulis tentang ini untuk sama-sama kita fikirkan tentang budaya ini. Benda yang baik kita ambil. Mengapa semasa sekolah dan university ramai pelajar wanita yang lebih pandai, tetapi apabila kita tengok zaman pekerjaan, lebih banyak kaum lelaki yang bergaji tinggi? Kenapa juga ada negara-negara Islam yang dipengaruhi oleh adat (bukan agama) sangat-sangat rendah dalam menghormati hak wanita, tidak seperti mana yang diajarkan oleh Islam?

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ

orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan… An-Nisa: 32

Jom bincang.

Disclaimer: saya bukan feminist dan saya tahu equal tak bermaksud sama. Tapi saya percaya yang wanita perlu dibantu dan perlukan sokongan dan keadilan.

 —-

[1] Roos PA. Selling Women Short: Gender Inequality on Wall Street. Social Forces. 87 (2008) 601-602.

 

[2] Blau FD, Kahn LM. Gender Differences in Pay. Journal of Economic Perspectives. 14 (2000) 75-99.

 

5 Replies to “tulang yang bengkok”

  1. Salam….

    Saya bersetuju dengan pandangan mengenai terdapat sesetengah negara (terutamanya di asia) yang mengamalkan konsep bahawa taraf wanita lebih rendah berbanding lelaki. Mungkin kerana itulah kaun Hawa sering dibebani dengan tugasan rumah berbanding kaum Adam. Sememangnya agak sukar untuk membendung gejala ini kerana adat memainkan satu ciri yang amat penting di dalam menggambarkan sesuatu kaum dan budayanya. Apatah lagi kita kaum Melayu yang kebanyakannya memegang kepada pepatah “Biar Mati Anak, Jangan Mati Anak”. Namun usaha berterusan pasti dapat mengubah stigma tersebut. Cuma ianya pasti akan mengambil masa yang tidak diketahui tempohnya.

    Berkaitan tentang isu gaji, ianya adalah satu yang subjektif dan sudah tentu sebagai Islam kita harus percaya pada konsep rezeki dan takdir Allah. Secara peribadi, saya merasakan adalah tidak harus kita meletakkan atau menilai tahap kebijaksanaan individu berdasarkan berapa tinggi tahap sijil yang dimiliki. Lelaki kebiasaanya lebih cenderung ke arah sesuatu yang bersifat amali atau praktikal. Manakala wanita pula lebih cenderung dan boleh fokus terhadap sesuatu perkara dalam bentuk teori dan untuk tempoh masa yang lama. Mungkin sebab itu kaum adam dilihat lebih menyerlah dalam bidang pekerjaan berbanding wanita. Seperti yang dikatakan tadi, kaum lelaki mahir dalam praktikal (realiti pekerjaan) berbanding kaum wanita yang kebanyakannya hanya berpegang pada teori (baca buku tetapi tidak merasai perkra sebenar).

    Kesimpulannya, tidak kira lelaki atau wanita semuanya mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Suka untuk saya ingatkan bahawa tahap pendidikan juga tidak akan menjadi kayu pengukur pendapatan seseorang mahupun kejayaan seseorang di dalam hidup. Sebagai manusia hendaklah kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.

    1. Salam, terima kasih atas komen saudara. Banyak points yang bagus di situ. yer, saya tidak mengukur tahap kejayaan seseorang melalui tinggi atau rendah gaji,tingginatau rendah sijil.. jauh sekali dari apa yang saya cuba highlightkan di sini. persoalan saya adalah, sekiranya wanita dan lelaki mempunyai kerja yang sama, mengapa gaji wanita lebih rendah (sila lihat statistics yang saya beri pada gambarajah). Satu lagi, bukan nak persoalkan tentang fitrah lelaki dan wanita, tetapi, sokongan yang wanita dapat apabila mereka memilih untuk bekerja.

  2. Yes equality is what they have strived for in here. Even in school we were taught about suffragettes, women’s rights etc so we are aware. We didn’t have that in Msia. We were not exposed to or probably did not have much on the status of women even for Religious Studies. Secondly, UK is a welfare state, so too are many of the EU countries. I hope we can do that for Msia, improve on the social welfare of the people- it goes beyond paying zakat. It’s about building others through the good and kindness and that’s what we are lacking. Wallahualam…

    1. Betul.. asal konsep negara berkebajikan (welfare state) pun memang asalnya dari negara islam zaman khalifah terdahulu, omputeh/europe tiru and gunakan sehingga sekarang, tapi org Islam pula lupa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.