Syaitan bertepuk tangan..

(atas permintaan, saya postkan status yang pernah saya letakkan di dalam facebook saya)

Manusia bergaduh, syaitan bertepuk tangan..

 

 

 

Saya pernah menulis sedikit tentang surah Yusuf, tentang kisah terbaik satu masa yang lalu.

Antara mutiara khazanah yang tersimpan dalam surah Yusuf adalah pengajaran yang diajar oleh Nabi Ya’kub (as) kepada anaknya Yusuf (as):

 

قَالَ يبُنَىَّ لاَ تَقْصُصْ رُءْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُواْ لَكَ كَيْدًا إِنَّ الشَّيْطَـنَ لِلإِنْسَـنِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Bapanya berkata:” Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya SYAITAN ADALAH MUSUH yang nyata bagi manusia. (Yusuf: 5)

Ada beberapa pelajaran dalam ayat ini:

1. Seorang anak sangat mempercayai ayahnya sehingga dalam menceritakan perihal yang sulit. i.e. jadilah seorang ayah yang menjadi rujukan utama untuk seorang anak bila ada masalah, bagaimana hubungan kita dengan anak kita?

2. Perihal kepentingan peranan seorang ayah dalam mendidik anak-anak. Ayah yang menasihat dan mendidik, bukan hanya menyerahkan hal itu kepada ibu atau guru.

3. Ayahnya mentarbiyah bab kejahatan seseorang disebabkan oleh syaitan, dia tak cakap kepada anaknya, “jangan bagitahu abang, abang-abang kamu jahat” tapi dia highlightkan yang jahat adalah syaitan, ini membawa kepada kemaafan Nabi Yusuf kepada abang-abangnya di masa hadapan.

4. Perihal untuk tidak menceritakan tentang mimpi kepada seseorang secara semberono. Mengikut hadith:

الرُّؤْيَا عَلَى رِجْلِ طَائِرٍ مَا لَمْ تُعْبَرْ، فَإِذَا عُبِرَتْ وَقَعَت

“mimpi seseorang terikat pada kaki seekor burung selagi mana ianya tidak ditafsirkan.”

Yakni, pilih seseorang yang benar-benar alim dan tahu untuk menceritakan mimpi kia. InsyaAllah saya akan cerita pasal mimpi nanti.

Sahabat yang dikasihi sekalian, itulah yang kita juga perlu ingat bilamana syaitan menyucuk hati kita untuk membenci dan menaruh prasangka pada orang. Berhati-hati itu perlu (seperti langkah yang dianjurkan oleh nabi Ya’kub), tapi kebanyakan prasangka adalah dosa.

Dalam urusan kita seharian, cuba buat yang terbaik kerana Allah. Seorang sahabat baik saya menasihatkan, sekiranya mencari redha manusia, sampai mati pun tak akan dapat. Tak boleh puaskan hati semua orang. Buatlah yang terbaik dalam segalanya kerana Allah, merendahkan diri kerana Allah, InsyaAllah hati dan hidup menjadi tenang.

(post pendek sebab memang dari status)

Post navigation

3 comments for “Syaitan bertepuk tangan..

  1. December 10, 2013 at 8:33 am

    Salam,
    Sungguh, banyak pengajaran yg boleh diambil dpd surah Yusof yg Allah paparkan dlm Al-Quran juga surah2 lain utk kt sama2 mengambil pengajaran! Malah, suatu kewajipan kpd kita, kerana dikhuatiri jk tidak kt akan hanya mnjadi org2 yg rugi di Akhirat kelak. Sptmana Allah gambarkn mrka yg menghuni Neraka sbg binatang ternakan malah lebih teruk lg krna dikurniakan hati, mata dan telinga tp tidak menggunakannya (surah Al-A’raf: 179).
    Fyi, sya uncle zul fr ampang, malaysia. I met dr. badrul May 2013 ktka dia balik ziarah ibunya sempena PRU13 lalu. Dia yg brthu blog u ni, kot2 nak jengah. Kbtulan teringatkn dia, itu yg uncle jengah ni. Btw, smpaikan salam uncle pd dia.

    • serikandi
      December 10, 2013 at 8:45 pm

      Salam uncle, Dr Bad kirim Salam. Dia agak busy sekarang ni dan insyaAllah akan contact uncle nanti. Terima kasih atas ziarah blog ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.