copyright www.serikandiku.com

Nasihat untuk ‘pengantin lama’

(Nasihat untuk diri sendiri dan orang yang dah lama kawen)

 

copyright www.serikandiku.com

Mengapa boleh terjadi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta boleh musnah? Bagaimana pula generasi atuk nenek kita yang perkahwinan dibina yang diaturkan boleh kekal bahagia puluhan tahun? Redang Island, Malaysia, August 2014.

Dua, tiga hari sebelum saya melansungkan perkahwinan, tiba-tiba riuh depan rumah. Makcik depan rumah menjerit dan pengsan. Dia baru dapat tahu yang suaminya menikah lain secara senyap. Saya cepat-cepat mengambil air sejuk untuk membuatkan air penawar untuk dia. Sambil menyapu air tersebut  pada muka dia, saya tak habis-habis terfikir, bolehkah seorang suami terfikir untuk menipu isteri sebegitu?

Kini pada usia 40 tahun, saya nampak ia berlaku pada banyak orang di sekeliling saya. Tambahan pula baru-baru ini Bad dan saya telah mengendalikan satu bengkel dalam Kem Mithali tentang hubungan suami isteri, dan kami telah di dekati oleh beberapa pasangan yang menghadapi masalah yang sama.

Mengapa ada rumahtangga yang boleh musnah? Mengapa ada suami yang mula merasa seronok menjalin ikatan dengan wanita lain? Mengapa ada wanita muda yang suka mencuri apa yang ada dalam pinggan wanita lain? Kenapa suami orang lain nampak lebih macho dari suami anda sendiri?

Para pembaca budiman, masalah ini adalah lebih common dari apa yang kita sangka kerana ia merupakan masalah yang tertutup. Orang tak cerita. Ianya benda aib. Tapi kita kena cerita sebab ia penting.

Sebab apa agaknya masalah rumahtangga terjadi walaupun amat bahagia pada sepanjang perkahwinan? Ada yang isteri masih cantik, baik, tak pernah menolak untuk hubungan sex, tetapi hubungan rumahtangga masih gagal. Kenapa agaknya?

 

copyright www.serikandiku.com

Suami dan isteri perlu bersama melakar chapter kehidupan mereka, yang sudah tentu inginkan kebahagiaan hingga ke syurga. Redang Island, Malaysia, August 2014.

 

Sebab musabab:

1. Syaitan.

First sekali point yang kena ingat, syaitan. Syaitan memang sentiasa nak memecah-belahkan rumahtangga. In fact, syaitan akan setiap hari berkumpul dengan boss dia, boss dia akan check kerja-kerja syaintan dan diberi markah. Siapa yang dapat menceraikan suami isteri diberikan markah dan kedudukan yang tertinggi di kalangan syaitan-syaitan. So ingat ni..

 2. Miang.

Umur menjelang 40 umur miang. Ini disebabkan perubahan biologi. Ramai lelaki pada umur sebegini mula terasa ‘gatal’ kembali.

3. Mid-life crisis.

Umur macam ni, anak dah besar, kerja dah stable, duit dah ada lebih sikit, so rasa macam nak cari hobi baru. Nak cari excitement baru.

4. Rumah tangga telah menjadi rutin dan membosankan.

Both suami isteri sibuk dengan anak-anak. Basuh kain, kemas rumah, masak, bincang pasal duit, boring! Isteri pulak dah mula membesar, atau makin comot, tua dan gayut. Suami perut boyot. Kalau dengan pompuan lain kat luar tu (especially yang single) takde kesibukan, takde bebenda merimaskan. So jadi lupa sekejap keserabutan hidup, sebagai escapism. Dia lupa kalau dia kawen dgn pompuan single tu akhirnya pompuan tu akan jadi jugak macam isteri dia semula bila dah sibuk nanti.

 5. Api cinta pudar.

Suami isteri dah jadi lupa untuk bercinta semula. Isteri asyik membebel berleter, tak macam zaman bercinta dulu. Kalau sms/WA pun pesan bebenda penting sahaja. Kurang dah ‘I love you’ and ‘I miss you’.

 6. Perubahan.

Suami isteri dah berubah. Baik dari segi fizikal dan emosi. Of course berubah after 15-20 years. Kenali semula pasangan anda. Minat semula dia, kenali semula, selami hati dia. Pikat dia semula. Seronokkan diri kedua-dua suami isteri dengan mengambil hobi baru sesama. Pergilah dating lagi, pi buat sukan kegemaran sesama, pi jogging, belajar menari, or pi fotografi sesama. Or pi makan kat kedai mamak sesame, tapi jangan lupa jeling mesra, jangan hanya tengok mobile phone dan check orang dah ‘like’ status FB kita ke belum.

 7. Ngurat.

Banyak pompuan muda yang somehow suka dengan suami orang. Diorang nak kaya instant. Dah siap ada duit, and suami orang cool dengan pompuan, tak kecoh macam lelaki muda. Laki tua nampak power, especially yang ada pangkat, yang ada power.

8. Diurati.

Orang lelaki pulak suka dengan perhatian yang tiba-tiba orang (pompuan) muda bagi. Tiba-tiba rasa power, rasa seronok, rasa masih laku dan rasa macho. Dahlah faham apa yang pompuan suka, tahu org pompuan suka lelaki cool, yang tak melatah, yang tak pushy, yang bagi kata semangat, yang matang, yang beri hadiah dan surprise. Seronok mengejar semula, mengurat dan memikat, rasa macam muda-muda dulu. Ada kekasih lain buat diri terasa muda semula, terasa diminati, dihargai, perasaan yang dah lama hilang dalam diri.

9. Kurang waktu bersama

Kerja awal pagi dah keluar, lewat malam baru balik. Masa lebih banyak dihabiskan dengan kawan sekerja, kadangkala bergurau dengan kawan di tempat kerja untuk melepaskan stress, last-last terasa kawan sekerja lebih fahami hati dan perasaannya dari pasangan di rumah.

copyright www.serikandiku.com

Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita” …Riwayat Bukhari dan Muslim….Redang Island, Malaysia. August 2014

 

Cerita sikit.. 

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” Al Anfal: 28

Banyak sudah statistic yang report org yang ada affair (or kalau orang melayu kawen satu lagi) kemudian menyesal dan kembali semula kepada isteri yang pertama. Kenapa? Sebab kebanyakan affair adalah berdasarkan penipuan. Both lelaki dan perempuan yang dalam proses mengurat hanya tunjukkan perangai dia yang palinggg baik, dialah pemalu, dialah ‘mahal’, dia jenis tak layan orang lain tapi layan awak sorang sahaja, dialah alim dan baik, pendek kata segala-galanya dia. Orang yang tergila2kan pulak meletakkan watak orang yang diburu sebagai watak dalam minda sebagai seorang yang amat perfect, tak sama lansung dengan suami/isteri yang ada dirumah masing2. Bila dah jadi milik sendiri baru tahu dunia ini ‘bukan ana yang punya’. Semuanya tipu belaka. Dia jugak boleh jadi boyot dan gemok, dia jugak membebel macam isteri kita, dia jugak boleh selekeh, dia jugak kentut berbunyi dan berbau!

Ada juga para suami yang mengadu bahawa masa dia mula-mula mengurat, yang dia hanya main-main.. hanya nak ‘test market’, nak check saham laku lagi tak. Lagi pun bukannya bini tahu, and kalau pompuan tu dah serious nanti kita cepat-cepatlah berhenti. Malangnya, bermain dengan api tiba-tiba api tersambar baju dan tak terkawal lagi. Sebab tu Tuhan tak bagi kawan baik lelaki pompuan, sebab memang magnet yang mudah melekat. Hati dah mula tertarik, dah jadi angau asyik teringat siang malam. Paling teruk na’uzubillah kalau dah terlanjur. Paling takut kalau isteri dapat tahu, hati still sayang isteri takmo lukakan hati dia, tapi dalam masa yang sama sayang kat ikan yang baru ini juga. Lalu terjadilah penipuan demi penipuan untuk menutup lubang. Terjadilah dosa yang meleret2. Sebab itu, dosa yang besar itu (zina contohnya) memang besar, sebab jalan untuk ke dosa yang besar itu dipenuhi juga dengan banyak jalan dosa (lirikan mata, menggoda, gurauan, sentuhan).

Untuk wanita yang curi suami orang pula, orang lelaki yang sanggup tinggalkan isteri pertamanya untuk awak rupanya memang perangai begitu. Bila awak dah mula selekeh dan memboringkan, awak pulak ditinggalkannya, dia cari yang lain. Awak nak macam tu? Dahlah awak melukakan hati isteri dia, kaum sejenis dengan awak, mempunyai hati yang sama dengan awak. Melukakan hati anak-anak dia. Manusia jenis macam manakah awak? Adakah awak takde perasaan?

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (warahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir. Ar Rum: 21

Nasihat untuk ‘pengantin lama’

1. Berkenalanlah semula. Dating semula. Menguratlah semula. Ingat kembali apa yang menarik anda padanya waktu muda dahulu. SMS lah selalu, WA, keluar lunch bersama.

2. Nabi pernah pesan kat para suami yang bermaksud: “Bila kamu melihat wanita cantik di perjalanan, kembali lah ke rumah (cari isterimu) kerana apa yang ada pada wanita itu ada pada isterimu”. Untuk para lelaki (dan pompuan), jagalah pandangan mata. Perintah jaga pandangan mata lebih awal dalam quran sebelum perintah menutup aurat.

3. Ketahuilah fitnah wanita. Trust me, saya orang pompuan, saya tahu ia betul. Pompuan boleh mengurat anda dengan keadaan anda tak perasan pun. Pompuan ada special power sehingga anda cuma nampak apa yang baik dan menarik sahaja pada dia. Sebab tu kalau anda cerita pasal pompuan yang elok pada anda kepada kawan pompuan anda yang lain, dia akan memperlekehkan atau gelak je, because we know how to act. Yang bebetul bila dah kawen je, kalau memang baik itulah dia isteri anda yang baik.

4. Untuk pasa isteri, jangan lupa untuk menjadi cun semula. Kalau gemuk, kuruskan semula badan. Jadi lawalah semula, solek dan berhias. Saya tahu masa kita mula2 kawen dulu kita rajin macam tu, tapi sebab kesibukan rumhatangga kita nampak comot. Nanti suami tengok kita dengan bibik macam sama jek. Kurangkan bebel.. jangan jadi ‘mak’ kepada suami kita. Ada bebel tu try tulis instructions kat wall (contoh: tolong jangan sepahkan pakaian atas lantai, sila masukkan ke dalam bakul yang disediakan) so anda tak payah ulang2 banyak kali. Paling penting, layanlah suami kita macam raja, Jangan tolak ajakan dia.

5. Saya tahu poligami tu halal, saya tak tolak poligami (saya memang bagi pun pada Bad), tapi tak payahlah lecehkan otak korang wahai para suami. Tengok keliling, tengok statistic, berapa byk poligami yang bebetul bahagia? Tak payahlah peningkan otak lagi, ada 2 bini, dua mak mentua, dua family yang kita kena risau pasal setiap anak-anak.. lainlah kalau awak memang yang jenis membiarkan anak-anak serah semua urusan pada maknya dan awak tak masuk campur hal-hal tukar nappy mahupun hal pendidikan dan pelajaran. Kalau tak campur memanglah awak tak patut dan tak layak kawen lagi.

6. Cuba sibukkan diri dengan hal-hal kemasyarakatan. Anda fikir anda ada banyak time untuk cari hobi baru, atau nak buat sesuatu untuk buat ada ‘feel good’. Tak semestinya memberi ‘extra cinta’ kepada wanita lain, but berilah extra cinta kepada masyarakat anda. Nabi jadi nabi pada umur 40, Baginda mengubah masyarakat. Take that as sunnah. Jangan bila fikir sunnah fikir nak tambah cawangan sahaja.

7. Hidup kita ini hanya sementara, kita semua akan mati. Cuba ingat balik zaman kita muda dulu, kejap je kita dah tua kan? Rasa tak sempat nak buat apa. Macam tu lah nanti kalau kita mati, tiba2 je kita dah mati, tak sempat kita nak buat apa.. ini dicerita banyak dalam Quran dan Hadith. Persiapkanlah diri dan keluarga untuk akhirat. Untuk sama-sama ke syurga.

copyright www.serikandiku.com

Setiap kali memandang wajah suami atau isteri anda, berdoalah di dalam hati semoga Allah mengumpulkan kekasih cinta kita itu bersama-sama di dalam syurga. Redang Island, Malaysia, August, 2014.

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Semua benda di atas ni saya tulis ikut kepala otak, takde list yang saya follow, saya cakap ikut leteran mulut saya sekadar apa yang saya ingat dari perbincangan dengan Bad dan sessi kaunselling dengan para pembengkel. And hanya applicable kepada kebanyakan orang biasa, bukan yang pangkat maksum. So mungkin ada yang tertinggal, mungkin ada points penting saya lupa letak.. kalau nanti saya ingat saya edit article ni insyaAllah. Of course, banyak benda dalam ini tak kena pada semua orang, hanya benda yang biasa didengari dan tips yang dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman.

(PENTING: Bad dah baca apa yang saya tulis panjang meleret ni, and bila saya tanya dia apa input dia nak bagi, dia cakap dia cuma ada satu sahaja untuk pesan kepada kaum isteri, adakah para isteri sekalian benar-benar mengetahui keperluan seksual para suami? Apa yang dia suka? Kekerapan? Kepuasan? Sebab katanya, kebanyakan suami hanya itulah sahaja yang mereka mahukan dari isteri mereka).. ok saya dah tulis kat sini.. LOL

Next insyaAllah saya akan tulis tentang, apa nak buat kalau dah terlambat? (Anda baru dapat tahu 🙁 )

Anda mungkin meminati artikel ini:

Isteri 

Kisah disebalik cerita

copyright www.serikandiku.com

Sessi dari hati ke hati yang kami kendalikan semasa Kem Mithali Manchester 2014

Post navigation

45 comments for “Nasihat untuk ‘pengantin lama’

  1. Fauzana
    August 23, 2014 at 6:17 am

    Terima kasih kak elies atas peringatan. Satu artikel yang bagus untuk pasangan yang menuju ke umur yang paling bagus iaitu 40an.

    • serikandi
      August 23, 2014 at 6:42 am

      Tima kasih Fauzana atas komen. Macam tahu-tahu je saya sedih tengok takde sapa komen kat post ni 🙁 macm takde org baca.. Huhu

      • Fauzana
        August 23, 2014 at 8:15 am

        Kak elies, ramai org baca apa2 yg akak tulis cuma malas nak komen kat sini sbb dah tak glamer

        • serikandi
          August 23, 2014 at 12:13 pm

          Huhu, saya dah tak glemer ke?

  2. zaheen
    August 23, 2014 at 7:37 am

    Well written kak. Thanks atas perkongsian.

    • serikandi
      August 23, 2014 at 7:50 am

      Tima kasih Zaheen

  3. Azarudin Bin Mohamed Satar
    August 24, 2014 at 2:59 am

    Assalamualaikum, mohon share yea kak..

    • serikandi
      August 24, 2014 at 5:58 am

      Silakan..

  4. Anonymous
    August 24, 2014 at 5:33 am

    Saya bce pe

    • serikandi
      August 24, 2014 at 5:58 am

      Ye ke? Org jarang komen kat blog nowadays sejak ada facebook..

  5. aindina
    August 25, 2014 at 12:56 am

    Trm kasih atas perkongsian ilmu ini. Dlm melayari sebuah rumah tanga. ..ada bhgia. .ada pilu.. hati sentiasa berwaspada walau dlm menyerah…sentiasa ‘ tarik tali’.
    Tq sis

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:41 am

      bab kata lagu p ramlee, “sedangkan lidah lagi tergigit..”

  6. Ratna Tahang
    August 25, 2014 at 2:29 am

    Assalamualaikum…tq krn tulis ttg perkara ni..paling terasa d sergah dr blkg adalah statement bad yg last tu..huhu..blik nnt sy cuba ubah sblum terlmbt

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:42 am

      Bukan untuk para isteri sahaja, para suami pun sama perlu ditegur perkara yang sama.. actually right this moment saya tgh draft something khas untuk suami pula.. hehe

  7. umi
    August 25, 2014 at 11:42 am

    tak pe kak… blog evergreen, senang nak cari balik post.. kalau fb, mmg senang org komen, tapi susah nak trace balik post2 lama. kalau fb tu macam nak up status je, kalau nak tulis panjang, bacaan ilmiah mmg blog jugak yg bagus, sennag baca nak rujuk semula.
    cepat smabung nasihat pengantin lama ya kak. first time baca blog akak dan first time komen. jazakallah 🙂

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:43 am

      tima kasih Umi.. betul.. byk post yang popular dalam FB dah tenggelam ke belakang.. dahlah ada option ‘limit past post’..

  8. Nurni Naimuddin
    August 25, 2014 at 9:34 pm

    Salam Elies,
    Baru baca artikel ni. Sgt2 menarik. Good job Elies & thanks for the tips

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:44 am

      tima kasih Noni, ni tak termasuk pesan Ijam ‘sebelum nak tangkap ikan kena buat baik kepada isteri’ lagi.. hehe..

  9. chiah
    August 26, 2014 at 12:46 am

    Assalamualaikum. TQ for sharing.Well written ! Bacaan santsi namun byk pengajaran dan tips berguna !

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:45 am

      tu la…. kalau saya tulis something serious pun saya naik boring..

  10. Anonymous
    August 26, 2014 at 5:18 am

    Ini tahun ke20 perkahwinan saya dan saya akui apa yg sis tulis mmg betul.Alhamdulillah, saya n hubby masih bercinta,kami ada hobi yg sama,sukakan adventure..lepak2 kedai mamak.touring dgn motosikal,cuti ber2.anak2 dah besar,jadi masa utk kami lakukan apa yg kami cintai..aktiviti berdua saja.tak kira kemana,dia tetap nak saya temankan..even masuk bilik doktor..hehehe..
    Saya bukan nak riak tp hubby saya mmg good looking guy,dlm umur 44 tahun dia masih segak n bergaya.saya pastikan bila dia keluar rumah dia nampak kemas dan terurus.bukan anak dara je yg pandang..isteri org pun ada yg menggatal dgn hubby saya.nauzubillah…yg penting kuatkan iman dan ingatkan balasan Allah.saya dcemburui jiran kerana hubby suka peluk dan cium saya depan rumah tiap pagi seblm pergi kerja.Alhamdulillah…kami mmg masih bercinta.

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:45 am

      alhamdulillah 🙂

    • Intan
      July 26, 2016 at 6:18 am

      Suka coment sis ni … Satu panduan utk sya juga… Ya kena kuatkan iman kedua2 sekali dan syukur allah beri keistimewaan paras rupa yg menarik dan sentiasa menjaga keromantikn bersama.. Mmg ramai yg nak kacau ler… Semoga sentiasa dlm perlindungan Allah jua… ( situasi hampir sama ..🤗)

  11. Ct
    August 26, 2014 at 6:42 am

    Assalammanulaikum….terima kasih atas perkongsian ini, saya sdg mengalaminya….

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:46 am

      semoga diberi barakah oleh Allah..

  12. scorpions
    August 26, 2014 at 11:21 am

    True..but it takes two to tango. It has been years to get his attention..but i always fail..

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:46 am

      keep trying and jangan lupa berdoa..

  13. Shen
    August 26, 2014 at 11:42 am

    Suami kepala rumahtangga..sepatutnya suami menegur & membimbing berkenaan perkara2 yg disukai atau sebaliknya. Namun kebanyakan suami lebih suka mengambil langkah mudah dgn berpaling kepada yg lain dr memperbaiki hubungan ke arah yg lebih baik 🙁

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:46 am

      pompuan pun sama.. kalau kita tak bagitahu, macam mana pihak yang satu lagi tahu kan?

  14. mrs. ariani
    August 27, 2014 at 7:26 am

    mungkin pesanan penting dr bad tu akak boleh tambah nasihat supaya suami isteri duduk berbincang sama2 perbaiki diri. sebab sesetengah hubungan renggang berpunca juga dr wanita yang kurang gembira dengan keperluan seksual dia. kadang2 lelaki ego, tak mahu mengaku kekurangan, sehingga isteri pandang rendah pada suami dan rasa tak bahagia.

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:47 am

      yup betul..

  15. Aslynda
    August 28, 2014 at 1:27 am

    BRILLIANT POST!DOUBLE THUMBS UP!

    Salam Kak Elies 😉

    Intipati yang sungguh berkesan bukan hanya pada yang mempunyai pasangan tetapi untuk saya juga yang masih bujang. Satu post yang sangat diperlukan ketika ini.

    Jazakallah & Tabarakallah Kak Elies!

    Teruskan menulis. Saya sentiasa menanti 😉

    • serikandi
      August 29, 2014 at 8:48 am

      ni.. takde kene mengena dgn yang bujang.. hahah.. orang bujang selalunya semuanya indah.. nanti kalau awak dah kawen LAMA awak faham la.. hehehe

  16. NZ myne mohd zan
    August 29, 2014 at 1:46 pm

    Tq for the info..sgt2 berguna..xsemua org thu apa y akan jd pd msa hdpn tp skrg2nya dpt hindari perkara y xdiingini..sgt sempoi n padat.. 😉

    • serikandi
      September 16, 2014 at 10:04 am

      sama-sama

  17. sham shaari
    August 30, 2014 at 5:18 am

    Bad’s last point….nafkah zahir klu x cukup blh cari sendiri. Tp nafkah batin klu x cukup….

    • serikandi
      September 16, 2014 at 10:05 am

      kena selalu minta maaf zahir batin.. hehe

  18. su
    August 30, 2014 at 1:07 pm

    Salam
    Terima kasih atas perkongsian ilmu..
    Tgh scroll down ke bawah ingat ada lagi nk baca..dah habis dah.. nanti share lg ye akak…
    Tqvm. Love u all..

    • serikandi
      September 16, 2014 at 10:06 am

      hehe.. nanti tulis panjang-panjang susah nak baca (saya pun malas nak tulis.. hehe)

  19. Siti Zuhrah
    September 3, 2014 at 12:46 am

    I love this article.

    • serikandi
      September 16, 2014 at 10:06 am

      tq 🙂

  20. berry
    September 18, 2014 at 1:40 am

    Subhanallah! It make a perfect sense. Bila lagi nak buat kursus macam kat Redang ni?

    • serikandi
      September 18, 2014 at 6:26 am

      Oh minta masf, mungkin saya tak tulis betul-betul. Kat Redang tu gambar masa saya pi holiday baru-baru ni. Kursus tu di Manchester.

  21. Leen
    December 30, 2015 at 8:54 pm

    Salam akak

  22. Intan
    July 26, 2016 at 6:20 am

    Salam aka mmg betul … Trimakasih kerana perkongsian ini… Betul2 menyelamatkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.