copyright www.serikandiku.com
“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

(Sebelum korang menyangka yang bukan-bukan dan membuat spekulasi pasal saya, saya nak buat disclaimer. Ni bukan pasal saya. Ni nak menjawab banyak inbox lately yang saya received dari orang-orang pompuan yang mengalami masalah rumahtangga semenjak saya tulis pasal ‘nasihat untuk pengantin lama’ tu. Tapi saya bukanlah kaunsellor mahupun ustazah, so korang pandai-pandailah menilai.)

Kawen ikut sunnah?

Ramai orang lelaki cakap diorang ikut nabi ﷺ especially bab nak kawen. Tetapi ramai perempuan-perempuan di luar sana yang masih susah bertemu jodoh adalah wanita yang dikalangan yang sudah berumur atau yang bergaji/berpangkat tinggi atau yang janda. Bab yang ni susah betul orang lelaki nak ikut sunnah. Khadijah seorang wanita yang mempunyai ketiga-tiga benda ni. Beliau lebih tua dari nabi, beliau seorang usahawan berjaya, malah boss kepada nabi dan beliau juga seorang janda. Kesemuanya sekali berkumpul kat seorang wanita, tapi nabi ﷺ pilih dia kerana kemuliaan beliau. Saya ada tulis pasal khadijah di kisah di sebalik kisah.

Ramai juga lelaki yang bila nak pasang lagi satu isteri juga cakap nak ikut sunnah. Tapi sepanjang nabi ﷺ berkahwin dengan khadijah ra, nabi tak memadukan lansung dia. Itulah isterinya yang pertama. Hanyalah setelah Khadijah wafat, pada nabi ﷺ lingkungan 60an, barulah nabi kawen poligami. Itupun atas urusan politik, kawen dengan anak ketua kaum lain supaya terjalin persahabatan etc. Itupun nabi kawen dengan yang janda, bukan dengan anak dara, tak seperti kebanyakan orang lelaki yang pasang satu lagi. Itupun nabi tak buat secara sorok-sorok dari famili, tak jumpa-jumpa dating, WA or sms berdua (dengan syaitan sebagai pihak ketiga).. sampailah terpaksa nak kawen dengan orang tu sebab dah ‘terjatuh hati’. Tu tak termasuk terpaksa kawen atas sebab lain yang haram.

Kawen sorok-sorok?

Itu pun ada lelaki yang menyorokkan hubungan atau perkahwinan dari isteri yang pertama. Dan ia berlaku kebanyakannya dalam keadaan menipu.

Bagaimanakah boleh menipu dengan seorang yang kita telah berjanji untuk menghadapi hari-hari mendatang sama-sama? Bagaimanakah boleh menipu orang yang paling menyayangi anda? Bagaimanakah boleh menipu dalam hal perkahwinan, jodoh dan zuriat dan dikatakan mengikut sunnah padahal ajaran utama dalam Islam adalah menipu itu haram?

Saya bukan mengharamkan poligami, tapi banyak masalah berlaku bila ia tidak dijalankan dengan cara yang betul dan mengikut syariat. Ambil islam dengan cara keseluruhan, bukan ambik apa yang kita rasa sesuai dengan jiwa kita je. And especially jangan ambik bila nak menghalalkan apa yang kita buat.

 يْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

“yang terbaik di kalangan kamu adalah yang terbaik kepada isterinya. Dan akulah yang paling baik terhadap isteriku” Riwayat at tirmidhi: 46, Hadith 3895

Be a gentleman. Berani. Penyayang, caring, tolong isteri dalam urusan, ambil selalu hati isteri, dengar keluhan dia, buat baik kepada keluarga dan sahabat dia… that is sunnah!

copyright www.serikandiku.com
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,.." An Nisa: 34

Bagaimana Rasulullah ﷺ melayan isteri-isteri baginda?

Korang sure dah hafal segala benda ni, but saya letak je lah untuk rujukan: Bagimana rasulullahﷺ melayan isteri-isteri baginda:

1. Memahami tentang kecemburuan dan kasih sayang.

Pernah suatu ketika, Um Salamah bercerita bahawa beliau membawa semangkuk masakan kepada Rasulullah ﷺ di hadapan sahabat-sahabat baginda. Melihat keadaan yang sedemikian, Aisyah ra merasa cemburu dan telah memecahkan pinggan tersebut. Rasulullah ﷺ yang faham tentang perasaan cemburu diantara isteri-isteri Baginda, lalu menyambungkan kedua-dua belah pinggan yang pecah dan bersabda kepada sahabat-sahabat baginda. “Makanlah, ia cuma perasaan cemburu ibumu”. Lalu baginda mengambil pinggan Aisyah dan memberinya kepada Umm Salamah, dan memberi Aisyah pinggan milik Umm Salamah. [Kisah dari Sunan An Nasai, Kitab 37, hadith 3973]

Bayangkan kalau isteri anda buat macam tu depan sahabat anda? Cool kan nabi? Boleh pujuk dan tunjuk contoh kepada sahabat-sahabt baginda at the same time pandai mendidik isteri-isterinya. Saya pernah menulis tentang isteri cemburu satu masa lalu.

2. Bermesyuarah dan berbincang

Ingat tak cerita tentang bila pihak muslimin merajuk setelah menandatangani perjanjian Hudaibiyah? Siapa yang menasihati Rasulullah ﷺ tentang apa tindakan yang perlu di ambil? Ketika itu para muslimin yang sedang merajuk/bersedih, tidak mahu menyembelih korban dan bercukur setelah di perintah sebanyak 3 kali oleh Rasulullah ﷺ. Setelah menceritakan akan kisah tersebut kepada Umm Salamah, beliau yang cerdik menasihati Rasulullah supaya berbuat sahaja perintah tersebut tanpa bicara. Cadangan ini merupakan cadangan yang sangat bernas kerana setelah berbuat demikian, para sahabat terus mengikut sahaja. Kisah diceritakan dalam Sahih Bukhari hadith no 2731.

See? Nabi ﷺ tak ego pun nak ambik cadangan dari isteri. Padahal dia seorang pemimpin ummat.

 

3. Menunjukkan kasih sayang dan kesetiaan.

Rasulullah ﷺ pernah berkata kepada Aisyah, “aku cinta dan setia padamu seperti Abi Zara dan Umm Zara” setelah Aisyah bercerita kepada beliau tentang kisah Abu dan Umm Zara. Mendengar tersebut, Aisyah menyambung, “ Engkau adalah terlebih aku cintai dari ibu bapaku sendiri, dan Engkau adalah lebih setia dan penyayang dari Abu Zara terhadap Umm Zara.” Kisah diceritakan dalam Sahih Muslim, Kitab 31 Hadith no 5998.

 

Lihat, betapa Rasulullahﷺ yang sibuk memerintah negara sempat melayan dan mendengar cerita dari isteri dan bukan sekadar mendengar, tetapi acknowledged cerita tersebut. Malah bercakap tentang apa kebanyakan isteri mahu dengar bila mereka bercerita sesuatu, iaitu memuji isteri dan meyakinkan isteri. Para suami sekalian, contohilah Rasulullah ﷺ memang isteri sangat suka dipuji. Bayangkan, kitorang dah pakai tudung semua utk orang luar, siapa lagi yang patut memuji kecantikan kitorang kalau bukan korang yang halal. Pompuan buat banyak benda sebab nak 2 benda je… mahukan pujian dan mahukan keyakinan yang dia disayangi.. trust me in this.

4. Memilih nama manja untuk mereka.

Rasulullah ﷺ bagi nama Humayra (kemerah-merahan) untuk Aisyah.. apa nama manja korang? Bucuk? Bagi nama manja ni pun sunnah tau? Bukan pasal kawen satu lagi je sunnah.

 

5. Makan minum dengan mereka

Dalam kisah yang lain, banyak diriwayatkan yang Rasulullah ﷺ minum dari bekas tempat mulut yang sama dgn Aisyah, see? Bebenda kecik macam ni.. every little bit counts, betapa sensitif Rasulullahﷺ dalam mengurat isteri baginda. Ni nanti dah lama kawen, eii, geli.. malas nak basuh cawan ke apa kongsi-kongsi ni? Hehe..

6. Bermanja, tidur atas pangkuan isteri

Aisyah meriwayatkan yang Rasulullahﷺ baring diatas pangkuannya sambil membaca al-Quran ketika Aisyah sedang haidh.

(Banyak cerita yang diceritakan oleh Aisyah kerana beliau masih muda ketika berkahwin dengan Rasulullah ﷺ, baru berumur 18 tahun ketika Rasulullah ﷺ wafat.) Diceritakan didalam Sahih Bukhari, Vol 1, Kitab 6, Hadith no 297.

Tengok, tengah ngaji pun boleh sambil manja dengan isteri. Ada orang, lagi dia tengah ‘alim’, lagiii tokleh sentuh! hehe

 

7. Berkelah dan menemani isteri

 

Diceritakan yang Rasulullah ﷺ pernah membawa kedua-dua Aisyah dan Hafsah bermain kuda dalam Sahih Muslim, Kitab 31, Hadith no 5991.

Suami yang baik menemani benda-benda kesukaan isterinya. Bagaimana kalau isteri suka shopping? hehe..

 

8. Membantu dengan kerja-kerja rumah

 

Rasulullah ﷺ jahit sendiri baju dan selipar baginda yang koyak. Rasulullah ﷺ pernah pulang kerumah merasa lapar, tetapi tiada makanan apabila ditanyakan kpd isterinya. Lalu baginda yang mulia terus berniat berpuasa, tiada pun marah-marah seperti kebanyakan lelaki sekarang, sure jadi singa kalau bini tak masak. And kita patut buat poster yang kita sebarkan dalam facebook, “suami yang romantik adalah suami yang memasak, membasuh, jaga anak, etc.. etc..” kan bini-bini sekalian?

 

copyright www.serikandiku.com
Asas dan tiang utama dalam sebuah rumahtangga adalah komunikasi.. berbicaralah selalu tentang segala perkara dengan isteri anda walaupun perkara kecil, dengan itu anda tidak akan kekok berbicara tentang perkara-perkara besar.

 

9. Menunjukkan kegembiraan bila mereka gembira dan berusaha menggembirakan isteri-isterinya.

Ada satu kisah yang mana setelah Rasulullah ﷺ kembali dari perang Tabuk atau Khaiybar, angin telah meniup langsir Aisyah lalu ternampaklah baginda akan anak-anak patung mainan Aisyah (dia masih kecil ketika itu), lalu baginda bertanya, “Apakah ini hai Aisyah?” Lalu Aisyah menjawab, “ini anak-anakku”. Kemudian baginda ternampak seekor kuda yang mempunyai sayap yang diperbuat dari kulit, lalu baginda bertanya, “dan apakah itu di tengah-tengah anak-anakmu?” Jawab Aisyah, “kuda”. “Apakah atas kuda tersebut?” Jawab Aisyah “sayap”. “Kuda bersayap?” tanya Rasulullah. “Tidakkah engkau pernah mendengar yang Sulaiman pernah ada kuda bersayap?” kata Aisyah. Mendengar tersebut Rasulullah ﷺ tersenyum sehingga nampak semua gigi baginda. Dari Sunan Abu Daud 4932.

 

Comel kan? Saja tanya untuk memanjakan isteri. Cubalah korang tanya isteri korang, tentang baju diorang, handbag diorang, tunjukkan keprihatinan, sebelum orang lelaki lain beri/tunjuk rasa prihatin kepada isteri korang. Ini isteri dah tukar anting-anting lain penat tunjuk tayang-tayang depan suami, dia buat tak perasan je.. hehe. I know, susah nak oerasan semua bebenda tu, tapi kalau bini korang ada muka macam tayang sesuatu dan korang lansung takde idea apabenda yang dia nak tayang, just tanya je, ”kenapa bini abang nampak cun semacam hari ni ye? bertambah cun dari biasa?”

(Ni ayat mudah untuk cover .. hehe.., bini-bini sekalian, sorry ye? Saya ajar ni, asalkan kita bahagia ye tak?)

Pernah juga diceritakan yang Nabi pernah membawa Aisyah melihat permainan orang-orang Abissina, Aisyah tak nampak, lalu nabi dokong atas Asyah untuk lihat sampailah Aisyah naik boring. Cerita dalam Sahih Bukhari, 443 dan Muslim 892. Cute kan?

10. Memujuk dan menenangkan isteri 

Pernah diceritakan yang Baginda ﷺ mengelap air mata Safiyyah yang sedang menangis dengan tangan baginda sendiri, sambil menenangkannya sambil mendoakannya.

 

Rasulullahﷺ juga selalu memeluk dan memegang bahu isteri2nya yang sedang marah sambil berdoa, “ Ya Allah, ampunilah dosanya, tenangkan hatinya dari amarah dan lindunginya dari kesusahan”.

Lihat para suami semua, pelajarilah dari ini, orang pompuan kalau sedang mengamuk atau marah atau menangis janganlah bertalu-talu tanya kepadanya kenapa menangis? Kadang-kadang tengah emotional memang tak boleh cakap, kalau paksa pompuan cakap nanti cakap sambil nangis pun korang tak dengar, nanti suruh ulang lagi, bertambahlah naik marah isteri tu. Cara paling mudah memujuk isteri adalah just peluk dia, macam bedung membalut bayi menenangkan bayi. Peluk dan yakinkan isteri yang insyaAllah, everything will be just fine. Cubalah, and bagitahu saya hasilnya..

11. Berlaku adil kepada mereka

Cerita yang ni sure korang dah biasa dengar, so saya tak payah elaborate lagi.

 

Best-husband-ever.jpg
cheesy... haha

12. Berlumba dan bermain dengan mereka

Pernah Rasulullah ﷺ berlumba lari dengan Aisyah ketika Aisyah masih muda dan belum berisi, nabi kalah. Lama kemudian setelah Aisyah dewasa dan berisi nabi lumba lari lagi dengan Aisyah dan kali ini nabi menang. Nabi cakap, ni untuk tebus kekalahanku yang dulu. Diceritakan kisah tersebut dalam [Ahmad, Safwat al Safwah Vol I p68] dan Abu Daud, Kitab 14, Hadith 2572].

Bila kita dengar kisah nabi dan Aisyah, kita kena ingat umur nabi yang lebih 60 dan Aisyah muda belia. Betapa beliau melayan isteri mengikut tahap pemikiran isteri tersebut. Ini menunjukkan sensitiviti baginda terhadap perasaan seorang isteri dan bukan hanya melayan bebenda serius sahaja. Korang fikirlah sendiri.

 

Dan banyak lagi kisah baginda, manusia terbaik dan mulia. Jika anda berminat, mungkin anda ingin membaca “Prophet Muhammad: The best of all husband”

5 Replies to “Nasihat untuk lelaki/suami”

Leave a Reply

Your email address will not be published.