Update hidup

Dah lama sungguh saya tak menulis blog.

Bukan sebab saya takde benda nak cerita, tetapi sebab terlalu banyak benda yang saya nak cerita.

Saya perasan, zaman orang tak berapa kenal saya dahulu, saya bebas cerita pasal apa-apa sahaja di blog ini, tetapi semenjak blog ini tidak lagi menjadi anonymous, saya ada sikit segan silu nak menulis.

Saya rasa jug, ‘kemalasan’ saya mengupdate blog ada kena mengena dgn facebook. Semenjak ada facebook, saya rasa mudah je nak tulis benda-benda pendek. Tulis status tak sesusah tulis blog. Tulis status boleh pendek-pendek, je, tulis blog kena tulis panjang-panjang. Tapi tulis pendek-pendek ni kena guna bahasa yang tepat dan betul sebab mudah sangat orang nak salah faham apa yang kita cuba sampaikan. Tapi, sebab ramai yang malas baca panjang-panjang, maka memang facebook menjadi medium yang mudah dan cepat untuk menyampaikan sesuatu.

So, apa yang telah berlaku dalam hidup saya so far?

Saya dilantik menjadi pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester (SKMM) untuk penggal yang kedua.. (nanti ada masuk tv kat Malaysia sebab haritu diorang datang interview saya.. hehe). SKMM ni berlansung pada hari sabtu sahaja selama 4 jam, sepatutnya tak mengambil masa yang lama dari jadual hidup saya, tapi bila kita nak buat yang terbaik dalam segala sesuatu, maka banyak perkara-perkara yang sedang diusahakan. Perkara suka-duka dan pengalaman saya, err.. nanti bila saya dah tak jadi pengetua lagi saya akan kongsi cerita.

copyright www.serikandiku.com
Sekolah Komuniti Malaysia Manchester (SKMM). Tempat anak-anak bangsa belajar..

Kemudian, saya dah berpindah tempat kerja (dan projek). Kalau dulu saya kerja kat Liverpool bahagian mata, sekarang saya dah pindah kerja ke Manchester bahagian salurdarah dan jantung. Kenapa saya tukar kerja? Susah nak jawab… satunya, projek saya yang dari awal baby (dari design material, kepada harvest cells, kepada optimisation of growth, kepada design instrumentation utk surgeon, kepada design protocol dan procedure untuk transplantation… so dari mula sampailah habis.. dan saya rasa berpuas hati dengan segala usaha saya. Saya telah dicampakkan ke air di laut dalam, tetapi telah berupaya membuat bot dan mengkaji deras air untuk kembali ke pelabuhan. So, yer, Alhamdulillah saya puasa hati. Dan apabila saya dah mula merasa sangat-sangat comfortable dengan sekeliling saya, saya fikir saya perlu berubah arah untuk challenge otak dan diri saya lagi.

Saya apply kerja yang gred dan tangganya lebih tinggi di Manchester secara main-main sahaja, saya tahu susah nak dapat sebab banyak geng-geng saya di uni susah dapat kerja kebelakangan ini semenjak banyak grant dipotong, tetapi kali pertama ever saya apply kerja, saya dipanggil interview, dan Alhamdulillah saya terus dapat. Saya memang sangat sedih tinggalkan kerja di Liverpool tersebut, dah 8 tahun saya dengan boss saya yang baik, tapi saya fikir saya perlu berubah.

Saya beralih projek/kerja.. dari mata turun ke hati..

So, saya kerja di Manchester sekarang, boss saya sorang pompuan Arab dan sorang lagi pompuan mexico. Masih terlalu awal untuk saya komen apa-apa, tapi memang banyak benda baru yang saya belajar, memang lah rasa sedih sebab dulu kita ‘terror’ segala benda, tapi lama-kelamaan saya pasti saya akan dapat catch-up. Tentang bidang saya, saya tak boleh sebut banyak sangat, sebab dia masih lagi rahsia, tetapi cukuplah saya cuma bagitahu yang saya sedang mengkaji tentang sensor utk mengesan awal penyakit jantung.

Kerja ni jugak sebab jalan ke Manchester selalu jam pagi-pagi membuatkan saya pi kerja naik train. Banyaklah jugak pengalaman naik train setiap hari, yang paling saya tak suka kalau ada orang mulut busuk duduk sebelah saya. Kenapalah ada orang tak gosok gigi? Saya, kalau bau kentut, saya boleh tahan lagi (nak-nak kawen dengan Badrul.. hehe) tapi bau mulut memang saya tak tahan..

copyright www.serikandiku.com
keadaan pagi-pagi ke Manchester. Berhimpit-himpit dalam train. Saya rindu driving untuk termenung saya sepanjang perjalanan ke Liverpool.

Anak-anak, Adnan dah full time sekolah, Adela tahun depan nak masuk sekolah menengah, Adam tengah sibuk concentrate nak exam tahun depan. Badrul?

Badrul pun sekarang semakin sibuk, lagi-lagi dia dilantik menjadi timbalan penghulu kepada masyarakat Melayu Manchester. So, both kami kerja full-time, tiada helper, anak-anak, dan banyak kerja-kerja kemasyarakatan yang menjadi amanah kami. Bila kami berdua penat, kami pujuk dan memberi kata-kata semangat kepada sesama sendiri dan berdoa semoga Allah memberkati masa yang kami ada.

Banyak orang, apabila mahu menjadikan dirinya baik atau mendefinasikan kalau seseorang itu baik, adalah orang yang kuat ibadat, baik budi etc. tetapi jarang orang apabila mahu menjadi manusia yang baik merancanakan dirinya agar berbakti kepada masyarakat. Disebabkan kami berdua rasa kami insan yang hina dina dan banyak berdosa, maka kami fikir, eloklah kami berkorban diri untuk manusia lain. Lagi jahat kita, lagi kita perlu bekorban untuk orang lain, begitulah mengikut pemikiran kami.

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya?

Dan  dia akan beroleh pahala yang besar! Al Hadid: 11

So, itulah saja update pendek hidup saya. Nanti InsyaAllah saya tulis lagi 🙂

4 Replies to “Dari mata turun ke hati… update hidup”

  1. AsSaalam,
    Betul, ramai beranggapan bhawa orng yg baik tu adalah yg kuat ibadah dan baik budinya. Bukan menafikan bhawa kuat ibdah penting tapi sumbngan kpd masyarakat terbanyak itu lebih afdal; memberi manafaat dan maslahah semua. Sebgai umat Nabi wajar kita mewatakkan diri yg akhirnya dilihat Islam dan penganutnya benar2 Islam itu “rahmatal lil ‘alamiin”! Malang wajah yg cuba ditonjolkan sbhagian kt membawa imej buruh kpd Islam dan penganutnya……

    1. ya betul, sabda Nabi saw, ‘khairunnas, tan fa’unnas’ sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada yang lain.

  2. Assalammualaikum kak Elies..

    Kak, sy pon baru je btukar arah dlm kerjaya. Mggu depan br start keje tapi hati saya takut. Selalu tengok jam. Napa masa cepat berlalu? Otak saya slalu fikir “bleh ke aku buat keje baru ni?”. Mcmana klo saya salah? Macamana klo dorg tak suka keje saya?? Tu yg saya takut sgt.

    Bila baca apa yg akak cakap, sy rs agak lega skit. Ada skit semangat tapi bleh tak klo saya nak mintak sikit tips supaya hilang rs sangsi utk cuba benda baru? Apa yg akak amalkan supaya hati kita bleh jadi kental?

Leave a Reply

Your email address will not be published.