Tunisia negara pencetus revolusi

(post ini co-author dengan Badrul… well.. some part of it)

Saya menaip ini berlatar-belakangkan bunyi deruan ombak laut medinterranean pantai Hammmet, Tunisia. Aman, tenteram, pemandangan laut yang sangat indah dan hotel yang pada saya sungguh perfect, kecuali satu perkara.. Apa dia? Nanti saya bagitahu…

Tunisia, negara yang pertama tercetusnya Arab spring, membuatkan kami ingin tahu dengan lebih lanjut tanpa prejudis media, dan meneruskan perlancongan kami ke North Africa (baca tentang Morrocco bahagian 1 dan bahagian 2).

 

Ahad: 

Kami sampai ke Enfidha airport, tidak jauh dari Hammamet. Kami membuat keputusan untuk based di Hammamet kerana ia terletak di tengah-tengah, jadi mudah untuk kami ke selatan untuk ke Sahara dan ke utara ke bandar Tunis. Seperti biasa, holiday kami selalunya tidak mengikut pakej kerana kami lebih suka pick and mixed apa yang kami mahu dan memilih tempat dan aktiviti yang kami mahu buat melalui Sheikh al Google. Kami tak suka tanya orang. Taste orang mana sama dengan taste kita kan?

 

Perjalanan kami meliputi dari utara (Bandar Tunis) sehingga ke selatan (Douz)

Coach yang mengambil kami di airport menurunkan para penumpang dari satu hotel ke satu hotel, setiap satu hotel yang kemudian adalah lebih cantik dan nampak mahal dari hotel yang sebelumnya, membuatkan kami teruja kerana diberitahu hotel kami adalah yang terakhir di destinasi. Benar telahan kami, hotel kami nampak sungguh cantik dan eksklusif dari luar. Ahad mainly kami rehat sambil menikmati pemandangan indah pantai kerana anak-anak keletihan. Saya merasa sungguh bahagia menikmati stroll di pantai berdua-duaan dengan Badrul; melupakan keletihan dan kekusutan hati darihal kerja dan masalah yang tinggal di Manchester. Tetapi ada satu tanda amaran yang kami nampak di hotel yang masih menjadi tanda tanya di kepala saya.

copyright www.serikandiku.com
Pantai Hammamet yang mengadap lautan Mediterranean

 

Isnin:

 Tanda di hotel tersebut, mesti memakai pakaian yang sesuai di hotel. Bab “burkini tidak dibenarkan di swimming pool” mengingatkan saya pada satu hotel di Terengganu satu masa dahulu, dan menjadi tanda tanya. Mengapa agaknya Tunisa sebuah negara Islam di north africa sebegitu. Jawapan kepada persoalan Arab spring menjadi semakin dekat. Saya juga nampak, kebanyakan pekerja wanita di ‘front desk’ tidak bertudung, manakala makcik2 pembersih bertudung.

copyright www.serikandiku.com
Kami lepak makan di pekan kecil Hammamet di sini..

Kami travel ke pekan Hammamet tidak jauh dari hotel dengan bayaran 5 dinar (dalam sepaun lebih). Kebanyakan orang di Tunisa bercakap dalam bahasa Arab atau French. Seperti Morocco, tidak ramai yang mahir bahasa inggeris, kerana bekas peninggalan jajahan Perancis. Mujur Bad boleh berbahasa arab “shuir-shuir” dan saya french hancus, bolehlah berbicara dengan locals yang tak reti Inggeris. Makanan seperti patisserie sangat sedap, mungkin juga sebab influence French. Waktu pagi, saya dan Bad ke Hammam di hotel. Best badan kena sental, lepas tu mud wrap dengan eucalyptus & seaweed extract. Pada waktu petang, semasa saya sedang bermanja dengan facial, Bad bawa anak2 swim. Lala kena tegur dengan security sebab burkini, Bad cakap bagilah sekejap sebab kami datang dari jauh.. Security tersebut bagi. Diorang semua muslim yang baik, tapi arahan dari atas yang cekadak. Persoalan masih belum terjawab.

copyright www.serikandiku.com
makanan yang sangat sedap, sampai kami by the time habis holiday jadi gemok-gemok semuanya..

 

copyright serikandiku.com
curi-curi ambil gambar di hammam. Dari atas, pintu masuk ke hammam, main reception, bilik salin, teh herba, tempat sental dan tempat mandi air panas.

Selasa:

Pengembaraan ke sahara

copyright www.serikandiku.com
Dengan pemandu dan guide..

Kami memulakan perjalanan ke selatan Tunisia seawal 5:45 pagi. Hotel membekalkan kami sarapan beserta kurma Tunisia yang sangat sedap. Kami mengupah seorang guide yahg bernama Sami’ dan seorang driver yang memandu 4×4 bernama Ali. Rupa dia sebijik macam abah saya, mengubat rindu saya pada abah. Sami’ seorang yang berpelajaran tinggi dan menguasai 6 bahasa dengan fasih; Arabic, French, German, Italian, Russian dan English. Katanya, kebanyakan orang di Tunisia menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa.

copyright www.serikandiku.com
amphitheatre/colosseum el Djem

 

copyright www.serikandiku.com
salah satu ruang yang digunakan untuk menyimpan para gladiator dan haiwan buas

Destinasi pertama kami adalah el Djem. Ia merupakan bekas colosseum tinggalan Rome. Tinggalan bersejarah ini telah menyaksikan para gladiators berlawan dengan harimau, singa dan ada lubang untuk buaya. Kerajaan Rome pada waktu itu menyediakan pentas gladiators ini untuk menyibukkan rakyat dengan pesta supaya dapat mengalih fokus mereka dari bidang politik ke bidang hiburan, sama dengan kebanyakan kerajaan mana-mana dunia sekarang.

copyright www.serikandiku.com
Rumah di dalam lubang. Siapa rajin, lagi besarlah rumah dia. Siapa malas, duduk lah sorang-sorang.

Kemudian kami singgah ke Matmata, rumah dalam lubang orang Berber (troglodyte).  Cara membuat rumah ini adalah dengan mengorek lubang pada bukit, dari atas ke bawah sehinggalah menjadi ruang gua. Jumpa seorang makcik Berber yang menunjukkan ruang di dalam rumahnya. Korang kalau interested boleh baca more kat link wikipedia tu, hehe. Rumah ini sejuk ketika musim panas dan panas ketika musim dingin. Tidak jadi dari situ kami melalui Temezrete, rumah orang berber di lereng bukit, yang lebih berbentuk bersegi jika dibandingkan dengan Matmata yang lebih berbentuk bulat.

copyright www.serikandiku.com
Seperti biasa, kitorang suka naik unta.. ada jugak naik quadbike, tapi pic dalam mobile phone pulak

Kami sampai ke Douz, yang bermakna pintu. Douz ini merupakan ‘pintu ke padang pasir Sahara’. Kami menaiki quadbike dan kemudian unta di padang pasir sambil menyaksikan matahari terbenam.

 

copyright www.serikandiku.com
Matahari yang terbenam di padang pasir

Untuk hari pertama pengembaraan ini kami telah meliputi sebanyak 550km. Malam, kami bermalam di sebuah hotel yang simple di padang pasir.

 

Sepanjang perjalanan ke selatan Tunisa, nampak banyak penjual-penjual minyak petrol di tepi-tepi jalan, yang diseludupi secara haram dari Libya. Tunisia merupakan sebuah negara yang tidak mengeluarkan minyak, berbeza dengan negara jirannya Libya dan Algeria. Tetapi negaranya subur dan rakyatnya rajin bekerja. Pokok-pokok seperti pokok zaitun, peppers, figs, peaches, pistachio, bawang dan bawang putih antara banyak ditanam. Di sebelah kiri kanan jalan penuh dengan kebun-kebun zaitun. Secara pukul rata nampak rakyat Tunisa sangat rajin, berbuat pelbagai jenis pekerjaan dari seawal pagi sehingga kelarut malam. Tapi terdapat satu masalah untuk kebanyakan golongan muda Tunis mengikut kata Sami’. Kekurangan peluang pekerjaan membuatkan mereka mudah menjadi bosan. Dicampur pula dengan arak yang mudah didapati, membuatkan sesetengah mereka terlibat dengan masalah. Ini juga antara sebab tercetusnya Arab Spring. Sami’ memberitahu yang larangan burkini adalah kepada seluruh hotel di Tunisia, bukan hotel kami dahaja.

Rabu:

copyright www.serikandiku.com
Seluas mata memandang.. seolah-olah di alam mimpi

Kami bertolak ke Tozeur, dalam perjalanan kami berhenti di sebuah tasik garam di Chott Djerid. Kami merasa sungguh teruja dengan tasik garam ini kerana ia merupakan satu pemandangan yang tidak pernah kami jumpa. Tanah garam yang telah kering dan lapang yang seluas mata memandang. Seolah-olah berada di alam mimpi. Pelik tetapi indah.

 

copyright www.serikandiku.com
Badrul.. kembara di fadang fasirun..

Kemudian kami menikmati pemandangan canyon padang pasir di Sidi Bouhlel. Bukitnya terdapat banyak batu-batu yang apabila dipecah ada pelbagai bentuk kristal dengan pelbagai warna. Sampai di Tozeur, kami diambil oleh sebuah 4×4 yang khas. Kami dipandu di sebuah lagi dataran padang pasir dimana terdapat bekas penggambaran Star Wars. Sebelum sampai disitu, pemandu yang begitu nakal telah memandu kami naik turun padang pasir yang curam (sebab tu kena naik pacuan 4 roda). Saya yang memang gerun dengan fun-fair atau naik rides apa lagi, terkeluar anak tekak menjerit ketakutan… Tapi seronok.

 

copyright www.serikandiku.com
Allah menyediakan sumber air dari tempat yang tidak disangka-sangka

Kemudian kami sampai di sebuah oasis di padang pasir bertempat di Chibika. Di atas kawasan pergunungan tersebut, terdapat belahan yang mengluarkan air mineral semulajadi. Sungguh jernih dan segar serta sedap diminum. Persekitarannya terdapat pokok2 kurma dan teduhan serta hembusan angin yang nyaman. Bayangkan ditengah-tengah padang pasir yang panas terdapat pemandangan seindah itu, terasa seperti disyurga. Di atas gunung-gunung yang tinggi di padang pasir itu juga terdapat tinggalan fossil hidupan laut. Kawasan ini semua dahulunya merupakan dibawah permukaan laut. Badrul memberitahu saya yang sebenarnya, keadaan dalam laut serupa juga dengan yang kita lalui setiap hari. Ada gunung, ada lurah, ada gua dan ada banyak lagi keajaiban yang masih belum dijumpai.

 وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَنْشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا ۚ كَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ

Dan (Dialah) yang menurunkan hujan menurut kadar yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (dari kubur). Az-Zukhruf: 11

 

copyright www.serikandiku.com
Air mineral ini tertapi melalui pasir (air keluar celah pasir). Begitu jernih dan segar airnya untuk diminum
copyright www.serikandiku.com
Bayangan syurga di dunia..

Setelah berhenti untuk makan tengahari di Ghafsa, kami singgah di bandar Kairouan, bandar Islam pertama di Afrika utara. Didalamnya terdapat masjid Kairouan, yang sungguh terkenal. Tetapi kami tidak dapat masuk ke Masjid kerana ia berkunci. Kemudian kami dibawa ke sebuah kedai carpet. Kami beli karpet terbang 😛

 

copyright www.serikandiku.com
Masjid Kairouan.. Masjid pertama yang dibina di North Africa

 

Senibina islam

Sepanjang di Tunisia, saya sangat suka dan tertarik dengan pintu-pintu rumah. Setiap satu pintu mengandungi corak yang unik. Saya rasa, setiap pintu ini melambangkan tuan rumah tersebut. Yang menariknya, style rumah-rumah senibina islami ini, yang juga didapati di banyak negara-negara Islam lain yang kami lawati, merupakan pintu kepada halaman rumah yang terdapat internal courtyard dan taman-taman serta kolam air, seperti mini al-Hambra di Spain (baca tentang post saya tentang alHambra di sini). Saya perasan juga yang masjid merupakan tempat tengah pada setiap kota (atau Medina). Dari sekeliling masjid, barulah kedai-kedai, pusat pentadbiran dan rumah-rumah dibina.

 

copyright www.serikandiku.com
pintu-pintu rumah di Tunisia

Untuk hari kedua ini kami telah meliputi 650km, dari selatan ke utara Tunisia. Sebelam malam kami sampai semula ke Hammamet dan tidur dihotel yang indah sambil dibelai bunyi deruan ombak.

 

Khamis:

copyright www.serikandiku.com
Internal courtyard Masjid Zeytuna

 

Keesokan harinya kami bertolak ke Tunis. Pemandu kami hari ini bernama Habib, seorang yang agak liberal. Habib tak peduli sangat tentang Arab spring, asalkan dia dapat kerja dan makan. Kami sampai ke Medina (pekan) yang terletak didalamnya masjid Zeytuna. Semasa kami baru sampai masjid Zeytuna masih terkunci walaupun tiba waktu zohor. Tetapi ada banyak masjid-masjid lain disekitar yang dibuka bergilir-gilir sekiranya ingin mengikuti solat jemaah. Kami solat di masjid Hamouda Pasha. Zeytuna buka pada 2 waktu untuk jemaah zohor, satu pada 12:30 dan satu lagi 3:30 nak dekat asar. Mereka buat jama’ suri, zohor dan asar rapat. Setelah selesai sahaja solat zohor, tunggu sekejap untuk asar. Kami sempat ke masjid Zeytuna masa asar. Kami perasan kebanyakan masjid di Tunisa beralaskan tikar jerami, bukan karpet seperti di Turki. Kulit saya yang sensitif menunjukkan kesan sujud pada dahi.

 

copyright www.serikandiku.com
pemandangan dalam masjid Zeytuna

Satu perkara lagi yang saya perasan adalah golongan jemaah wanita yang memenuhi saf paling belakang dahulu. Saya pernah mendengar tentang hadith:

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ مُقَدَّمُهَا وَشَرُّهَا مُؤَخَّرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ مُؤَخَّرُهَا وَشَرُّهَا مُقَدَّمُهَا “

“Sebaik-baik saff untuk lelaki adalah yang paling hadapan, dan seburuk-buruk saff adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saff bagi perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saff adalah yang hadapan.”

(Sunan Ibnu Majah kitab 5: hadith no 1054)

Tapi saya tak pernah nampak ianya dipraktik di mana-mana masjid melainkan kali pertama saya menyaksikan nya di Masjid Zaytuna.

 

Keaslian ciptaan muslim

copyright www.serikandiku.com
Pakcik penjual minyak wangi. “Take my picture, it will be good for my publicity”

Di medina, saya hanya membeli beberapa minyak wangi dan sedikit rempah kerana Badrul sudah berpesan untuk tidak membawa balik terlalu banyak barang ke Manchester yang akan membuat sepah di rumah. Saya suka minyak wangi dari negara Islam kerana kualiti yang baik dan baunya yang sangat harum. Bukankah orang Islam terdahulu yang mencipta minyak wangi sebelum negara europe meniru, campur alkohol dan sekarang menjual wangi2an perfume dengan harga yang mahal? Lagipun Umar r.a. pernah berkata yang membelanjakan ⅓ harta kepada minyak wangi bukanlah satu pembaziran. Antara perkara yang nabi saw tak pernah tolak (hadiah) adalah minyak wangi, dan Baginda selalu membeli minyak wangi yang paling bagus mengikut kemampuan Baginda.

 

Jumaat:

 

copyright www.serikandiku.com
Bandar biru putih..

Pada hari jumaat, kami ke Sidi Bou Said, sebuah pekan yang dicat keseluruhannya putih dan biru sahaja. Ianya terletak di lereng bukit, bersebelahan dengan laut.

 

copyright www.serikandiku.com
Pemandangan dari tebing tinggi Sidi Bou Said, mengadap laut

Kemudian, kami ke Tunis medina lagi dan solat jumaat di Masjid Zeytuna. Saya perasan jemaah wanita juga senyap mendengar khutbah tidak bercakap, berlainan dengan kebanyakan masjid2 di UK dan Malaysia yang banyak makcik berborak time khutbah.

 

Saya berazam untuk menghabiskan duit Tunisian dinar saya, tapi susah bila tak banyak benda saya rasa nak beli.

 

Jawapan kepada arab spring

Pemandu kami pada hari ini bernama Ali. Ali menceritakan sesuatu yang membuatkan kami mula faham. Katanya, sebelum revolusi, walaupun harga barang lebih murah, segalanya tidak boleh buat. Perempuan tidak dibenarkan bertudung dan lelaki tidak boleh berjanggut oleh presiden Ben Ali. Kalau ditangkap bertudung akan dipenjarakan. Tidak cukup dengan itu, masjid tidak dibenarkan mengajar. Khutbah jumaat dibaca dari text yang membosankan. Habis sahaja waktu solat, masjid akan dikunci. Tidak boleh juga untuk duduk melepak dan mengaji. Barulah saya faham mengapa banyak masjid yang kami singgah berkunci. Dan bukan itu sahaja, rakyat dijamu dengan hiburan sepanjang waktu. Pesta banyak diadakan. Begitu juga dengan minuman keras yang mudah didapati. Perkara ini tidak lagi berlaku selepas revolusi. Rakyat sudah dibenarkan mengundi dan bebas mengamalkan ajaran agama.

Walaupun begitu, banyak perubahan yang dijalankan secara perlahan-lahan kerana mengubah pemikiran rakyat. Isteri Ali dahulu yang tinggal dikampung dan menutup aurat, apabila ingin mendaftarkan kad perkahwinan telah dipaksa membuka tudung. Dia merayu kepada polis yang akhirnya membenarkan dia pegang seperti selendang untuk kad kahwin. Itulah kan? Yang tak dibenarkan bertudung sangat nak menutup aurat, yang ada upaya seperti kita, masih ramai yang banyak alasan.

Perkara ini menyedarkan kita betapa pentingnya sebuah kerajaan. Kalau ada orang yang berfikiran cukup hanya baik solat dan ibadah sahaja tanpa perlu peduli tentang kerajaan, ianya tidak benar. Kerajaan/pemerintahlah yang membentuk rakyat kebanyakan untuk menjadi baik atau sebaliknya. Dan Tunisia adalah sebagai contoh. Revolusi yang berlaku 5 tahun yang lalu dan terbentuknya sebuah kerajaan campuran Islamis dan liberal telah mula berjaya membentuk rakyatnya ke arah yang lebih baik, sedikit demi sedikit. Dan rakyat mereka telah mendapat lebih hak dan kebebasan untuk bersuara dan beragama. Dan wanita-wanita di Tunisia telah mula ramai bertudung. Di bandar Tunis, secara agakkan ikut pemandangan kami 1 dalam 4 bertudung.

Dari konklusi, Jasmine revolution terjadi kerana kerajaan yang sangat korupt dan diktator kuku besi, menyebabkan ketidak-adilan dalam pembahagian harta, kurang pekerjaan, kurang kesedaran tentang Islam dan kebebasan bersuara. Ekonomi Tunisia jatuh sedikit selepas revolusi tetapi inilah mahar yang dibayar oleh rakyat Tunisia untuk kebebasan. Harganya mahal tetapi ia memberi makna kepada kehidupan merdeka. Semoga selepas ini tiada lagi tanda amaran tidak boleh burkini di swimming pool hotel seluruh Tunisia.

Sabtu:

Kami bermalas-malasan di hotel dan pekan kecil Hammamet. Semenjak sampai ke Tunisa saya mula mengeluarkan bintik2 gatal di tempat yang terdedah kepada matahari, seperti tangan dan muka. Bad bagi diagnosis yang saya allergic kepada matahari.

 

 

Ahad:

Bertolak balik ke England 🙁

Orang-orang Tunisia rata-rata peramah dan sangat mesra dengan kanak-kanak, serupa dengan mana-mana negara Islam yang lain yang kami lawati, yang ini yang selalu buat kami suka melawat negara Islam selain dari sebab mudah makanan yang halal. Meraka sangat gembira mendengar yang kita dari Malaysia (saya malas explain kami dari England), dan mengharapkan lebih ramai orang Malaysia ke sana sebab jarang jumpa orang Malaysia (diorang dengar dari dalam TV sahaja).

Keseluruhannya, kami merasa sungguh berpuas hati dengan percutian kami kali ini. Banyak perkara yang kami pelajari, seperti biasa dengan lebih bermakna berbanding dengan hanya pembacaan sahaja. Baru faham dari segi geografi, bentuk muka bumi yang berubah sepanjang perjalanan. Baru faham sejarah, dan faham sosiologi. Sungguh benar kata orang tua, jauh berjalan, luas pandangan.

 

copyright www.serikandiku.com
Bunyi desiran pantai yang mendamaikan..

 

Ok dah banyak taip, nanti penat korang baca.

(rekod.. ini post yang paling panjang yang saya pernah type kat blog ni kot.. sebab menaip dekat laut kot, rasa macam menderu idea masuk)

p/s: Adam ada buat youtube video pasal cuti ni, bila dah siap saya akan paste di sini dan bagitahu kat facebook saya.

Video yang Adam buat pasal cuti ni:

3 Replies to “Tunisia”

  1. Assalamualaikum akak. Seronok baca kisah percutian akak & family kat Tunisia ni. Saya & makcik saya insyallah akan ke sana bulan 10 nanti. Blog akak banyak membantu saya susun itinerary. Cuma nak tanya tour guide Sami’ & driver Ali tu akak dapat dari hotel atau macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published.