dna

Lembu punya susu..

Benarkah susu lembu boleh buat anak manusia bersikap seperti lembu?

copyright www.serikandiku.com

Saya ternampak beberapa perkongsian di halaman facebook yang menyebut tentang Ustazah yang memberitahu bahawa sekiranya bayi diberikan susu lembu, DNA lembu tersebut akan berpindah kepada bayi dan menyebabkan sikap ‘pemarah’ seperti lembu boleh di pindahkan kepada anak-anak. Rata-rata, ramai yang berkongsi post tersebut mengutuk ustazah tersebut, dan sedihnya ramai yang mengutuk tanpa fakta. Tujuan saya tulis post ini bukanlah nak menyokong ustazah, tapi nak memperbetulkan ‘fakta’ ustazah, dan memperbetulkan ‘fakta’ orang yang salah dalam mengomen. Pendek kata, saya nak berkongsi ilmu dan kefahaman.

 

Saya ingin menulis sedikit komen tentang ini, tetapi ada sedikit point yang ingin saya kemukakan sebelum saudara/i membaca tulisan ini.

1. Saya tidak mendengar interview tersebut secara keseluruhan ataupun sedikit. Ini adalah kerana saya tinggal di luar negara dan tidak mempunyai akses kepada rancangan television Malaysia. Jadi apa yang saya komen ini adalah berdasarkan screen capture yang dikongsikan di laman FB.

2. Komen yang saya buat dibawah adalah berdasarkan sedikit screen capture yang saya fahami. Jadi sekiranya saya telah dapat lebih banyak info dari rancangan tersebut dan mendengar keseluruhan ceramah, mungkin ada yang saya ubah.

3. Saya menulis dari sudut sains, sebagai seorang saintis.

 

Sebelum saya menulis lebih panjang, saya ingin melontarkan sedikit persoalan.

 

  • Mengapa anak susuan tidak boleh bernikah dengan saudara susuan nya?
  • Mengapa anak susuan boleh menganggap ibu susuannya seperti ibu sendiri?
  • Mengapa anak yang menyusu dari susu ibu boleh mendapat antibody dari ibunya?
  • Apakah DNA? Benarkan DNA tidak boleh diubah?

dna

DNA (deoxyribonucleic acid) adalah molecule yang membawa utusan genetic untuk segala urusan dalam tubuh. Ia diturunkan dari ayah dan ibu, untuk menjadi sesuatu yang unik dalam tubuh seseorang. DNA merupakan sistem code dan dari DNA inilah segala urusan membuat protein di dalam tubuh badan manusia tersebut. Panjang sangat nak cerita tentang DNA, boleh rujuk tempat lain sekiranya memerlukan.

 

Persoalan sekarang, bolehkan genetic seseorang diubah melalui pemakanan? Jawapannya adalah YA, dan ini merupakan proses yang dikenali sebagai EPIGENETICS [1].

 

Epigenetics adalah proses dimana genetic seseorang diubah apabila cara ‘pembacaan gene sequence’ di dalam DNA berubah. Ini berlaku tanpa mengubah struktur DNA. Ini boleh terjadi apabila ‘suis’ untuk ‘gene expression’ seseorang itu dihidupkan melalui mekanisma tertentu.

 

Epigenetics dalam tubuh kita boleh berubah disebabkan oleh beberapa kondisi contohnya pemakanan, ubat-ubatan dan radiasi [2, 3]. Sebab itu ada kaedah rawatan yang dinamakan gene therapy yang digunakan untuk menukar gene yang bermasalah pada sesetengah penyakit. Dan sebab itu radiasi boleh menyebabkan kanser.

 

Gene bayi yang berada di dalam kandungan, atau anak kecil adalah lebih sensitive kepada pemakanan yang yang diambil, lebih-lebih lagi susu [4]. Saintis ada menemui perbezaan yang ketara pada 146 genes di antara bayi yang menyusu ibu dan yang mengambil susu formula [5].

 

Susu dari ibu adalah sangat jauh lebih baik kepada bayi berbanding dari susu formula (botol) kerana khasiatnya yang sangat banyak dan melindungi anak dari pelbagai penyakit [6]. Ini merupakan fakta yang telah banyak diterima semua.

 

Walaupun begitu, terdapat sesetengah kaum ibu yang tidak menyusukan anak mereka merasa marah dengan nasihat ini kerana mereka dikatakan tidak boleh menyusukan anak-anak mereka. Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan kepada bayi adalah perkara natural, hampir semua ibu boleh secara fizikalnya menyusukan anak-anak mereka. Hanya sesetengah penyakit sahaja yang membuatkan seseorang ibu tidak boleh menyusukan bayinya, kebanyakan sebab dalam masyarakat adalah sebab psychology [7] Di negara maju seperti UK sebagai contoh, hampir 80% ibu menyusukan bayi mereka [8].

 

  1. Berbalik kepada persoalan bolehkah pemakanan/penyusuan anak-anak memberi kesan terhadap genetic expression mereka? Jawapannya YA. DNA tidak boleh diubah, tetapi DNA expression seseorang boleh diubah.
  2. Boleh ia memberi kesan kepada emosi mereka? Jawapannya YA. Melalui perubahan kepada DNA expression atau epigenetics yang seperti diterangkan di atas. Mungkin sebab itu tradisi Arab pada zaman nabi untuk memilih ibu-ibu yang baik di kawasan kampong, kerana susu dari ibu yang baik boleh memberi kesan kepada anak yang disusu.
  3. Bolehkah pemakanan memberi kesan kepada orang dewasa? Jawapannya SANGAT SEDIKIT atau TIDAK.
  4. Bolehkah penyusuan dari ibu memberi antibody kepada bayi? Jawapannya YA. Ianya tidak dihadamkan oleh enzyme perut bayi dan melalui jalan yang lain dari system pemakanan yang biasa.
  5. Ustazah salah? Jawapannya, setakat info yang saya dapat dari printscreen, TIDAK. Tetapi ayat yang lebih sesuai bukanlah tentang DNA lembu mengambil-alih/bercantum dengan DNA bayi, tetapi memberi kesan kepada DNA expression bayi. [Updated setelah membaca isi ceramah ustazah: YA, banyak info yang diberi beliau adalah salah. DNA bayi tidak boleh berubah, hanyak DNA expression bayi yang mungkin boleh berubah disebabkan penyusuan (bukan pemakanan sebab pathway susu dan makanan lain)]
  6. Cukupkah dengan penyusuan ibu sahaja, tidak perlu memberikan anak-anak suntikan vaccine? Jawapannya, TIDAK. Bayi perlu diberikan suntikan vaccine, sebab kita bukan lagi tinggal di zaman dahulu yang tidak terdedah kepada segala jenis penyakit. Cerita vaccine ini panjang, dan memerlukan post yang lain.

 

breastfeeding

 

EXTRA: Nasihat kepada semua ibu? Susukanlah anak anda. Kalau rasa susu tak banyak, ketahuilah susu itu keluar dengan cara demand. Lagi banyak anda memberi kepada bayi anda, walaupun anda rasa tidak banyak susu yang keluar, ia memberi isyarat kepada tubuh badan anda yang bayi anda memerlukan lebih banyak susu untuk sessi selepas itu dan  badan anda akan mendapat isyarat untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

jumlah susu yang bayi perlukan mengikut saiz perut mereka

Selalunya anda rasa seperti tiada apa yang keluar pada 3 hari yang pertama setelah melahirkan tetapi sebenarnya ada susu awal yang dinamakan colostrum pada masa tersebut dan sangat pekat tetapi sedikit. Kalau puting sakit, anda tidak ‘latching’ bayi anda dengan betul kerana bayi perlu melekapkan keseluruhan areola (kawasan bewarna) dan bukan hanya pada puting. Boleh minta pertolongan nasihat dari pihak bidan atau pihak hospital/klinik.

Kebanyakan ibu yang ‘give up’ menyusu adalah kerana tidak mahu bersabar dengan ‘kesakitan awal’ yang dihadapi. Selalunya kesusahan ini sebab kita tidak biasa dan akan berakhir setelah seminggu dua. Sekiranya puting sakit (sore nipple) sebab kesilapan pada awal, anda boleh menggunakan ‘nipple shield’ putting plastic yang diletakkan atas puting anda untuk melindungi kesakitan tersebut, sehinggalah ia sembuh. Sekiranya anda yang mempunyai jenis putting terperosok ke dalam, anda boleh menggunakan sejenis alat yang dinamakan ‘nipple everter’ contoh produk Lansinoh, untuk digunakan sebelum menyusukan anak. Sekiranya anda bekerja seperti saya, anda masih boleh menyusukan anak sepenuhnya dengan memerah susu di tempat kerja. Nasihat saya kepada kaum ibu semua, bersabarlah dengan segala kepayahan dan kesakitan (sebab penyusuan mudah kepada sesetengah orang tetapi susah kepada yang lain) demi memberikan segala yang terbaik kepada bayi anda.. sambungan kepada segala apa yang anda berikan kepada bayi semasa kandungan.

 

 

copyright www.serikandiku.com

(Kiri) nipple shield, alat yang melindungi puting yang sakit (kanan) nipple everter, alat yang membantu mereka yang puting terperosok ke dalam.

 

Saya tulis pendek dan ringkas sahaja sebab saya tahu ramai yang tak suka baca bebenda fakta panjang-panjang.. lainlah kalau bab cerita kan? Kalau yang memang jenis nak tahu lebih lanjut, boleh tengok reference.

 

Baca sambungan post ini di ‘..sapi dapat nama‘.

 

Dr. Elies Alias

PhD, MSc, BSc (Hons). Biomaterial and Tissue Engineering. 

 

ps: Jika anda meminati post ini, anda mungkin meminati post-post berkaitan di dalam section Technology & Design atau section Wanita

pss: Jika anda meminati post-post saya, samada yang panjang atau yang pendek, yang elok atau yang merepek, anda boleh follow saya di Facebook: Elies Elias

UPDATED: Setelah membaca penerangan Dari IBCLC tentang ucapan penuh penceramah tersebut, (sebab sebelum ini saya cakap saya tak dengar/ tak dapat access ceramah tersebut dan hanya komen screen capture yang di kongsi di laman Facebook) maka saya berpendapat kebanyakan yang di ucapkan oleh ustazah tersebut adalah salah (sekiranya benar apa yg di tulis oleh pihak IBCLC) dan meminta ustazah memperbetulkan fakta yang salah.

Tapi dari segi post saya di blog ini, saya tetap dengan pendapat saya itu, yakni, berdasarkan pada bab pemakanan/penyusuan mungkin boleh memberikan kesan kepada DNA expression anak. Tapi bab-bab yang lain seperti yang IBCLC sebut kalau betul disebut ustazah, itu yang saya tak setuju dan minta ustazah perbetulkan.

 

Rujukan:

1. Noninvasive stool-based detection of infant gastrointestinal development using gene expression profiles from exfoliated epithelial cells. Chapkin R, et. al. American Journal of Physiology (2010) 298 G582-G589.

2. The Role of DNA Methylation in Mammalian Epigenetics. Jones P, Takai D. Science (2001) 293, 1068-1070.

3. Phenotypic plasticity and the epigenetics of human disease. Feinberg A. Nature (2007) 447, 433-440.

4. The ontogeny of the small intestinal epithelium. Lebenthal A. Journal of Parenteral Enteral Nutrition (1999) 23, S3-S6.

5. Role of human milk components in gastrointestinal development: Current knowledge and future needs. Donovan S. The Journal of Pediatrics (2006) 149 S49-S61.

6. Structure-Function Relationships of Human Milk Oligosaccharides. Bode L. Advances in Nutrition (2012) 3, 383S-391S

7. Policy Statement: Breastfeeding and the Use of Human Milk, section on breastfeeding. Pediatrics (2012) 129 e827-e841.

8. Factors associated with breastfeeding in England: an analysis by primary care trust. Oakley L, et. al. BMJ Open (2013) 3, 6.

 

43 comments for “Lembu punya susu..

  1. August 10, 2015 at 9:27 am

    Terima kasih atas perkongsian dokter. Banyak ilmu sy dapat.

    • serikandi
      August 10, 2015 at 2:40 pm

      terima kasih kembali, kita sama-sama kongsi ilmu

  2. Ibu Rose - Dr. Rozieta
    August 10, 2015 at 9:39 am

    Terima kasih Dr. Elies Alias.

    Saya kira penjelasan Dr sangat padat dan baik.
    Ilmu Allah itu luas dan banyak lagi yang belum manusia terokai.

    Ilmu ini saya kira agak baru untuk orang ramai. Sama seperti ilmu mengenai kesan tenaga dan sebagainya.

    Semoga kita senantiasa sedar diri di dalam menerima sesuatu ilmu yang baru dan jangan cepat menolaknya. Peringatan untuk saya sendiri juga.

    Sekali lagi, Terima Kasih Dr. Dari Ibu Rose – Dr. Rozieta Shaary

    • serikandi
      August 10, 2015 at 2:40 pm

      Terima kasih, betul.. dalam menghormati ilmu, kita kena sentiasa terbuka minda unutk menerima perkara baru, dan mengaku kesilapan kita bila kita temui yang kita salah. Ingatan unutk saya juga.

  3. August 10, 2015 at 9:41 am

    Satu-satunya artikel ditulis tanpa mengikut emosi dan diterangkan dengan sangat jelas dan sangat mudah difahami oleh ‘orang biasa’. 🙂

    • serikandi
      August 10, 2015 at 2:39 pm

      Lin, kita semua orang biasa..

  4. Anisah Karim
    August 10, 2015 at 2:50 pm

    Lembu jadi glamer..:) assalamualaikum k.elies

    • serikandi
      August 10, 2015 at 3:19 pm

      وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
      Anisah! Lama tak dengar khabar! Apa cerita sekarang?

  5. August 10, 2015 at 5:19 pm

    terima kasih utk artikel yang sangat bermanfaat ini. Buat saya nak explore lagi tentang penyusuan dan pengaruh pemakanan kepada pertumbuhan bayi “)

    • serikandi
      August 10, 2015 at 9:45 pm

      terima kasih, tetapi masih banyak kekurangan pada article tersebut. Boleh kita kongsi sama-sama selepas ini.

  6. Saifullah
    August 10, 2015 at 11:36 pm

    Terima kasih kak kerana memberi info yang sangat berguna . Orang sekarang ni cepat menghukum daripada membaca atau berfikir. Kalau bab2 bercinta mereka suka, tapi bab2 selepas nikah ni kurang mereka ambil tahu.. hehe, btw walaupun pendek tapi saya fahamm. thank you.. 😀

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:47 am

      Terima kasih.. Betul tu

  7. Mohd Nazmi
    August 11, 2015 at 12:02 am

    Look up on the terms nutrigenomics. Saya rasa lebih sesuai appropriate dengan penerangan tuan rumah dari epigenetics.

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:49 am

      Terima kasih, care to share more?

      • Mohd Nazmi
        August 11, 2015 at 8:25 am

        Nutrigenomics’ adalah usaha kajian untuk melihat pengaruh nutrisi serta memahami mekanisme yang terlibat dalam mempengaruhi pengkespresan sesuatu gen. Pola tindakbalas dan pengawalaturan sesuatu gen itu, pengekpresan protein berkaitan serta penghasilan metabolit yang tertakhluk kepada pengaruh nutrisi boleh dilihat sebagai kesan daripada efek pengambilan nutrien tertentu yang mungkin menjadi ‘signalling molecules. Usaha kajian dalam bidang ini adalah untuk melihat dengan lebih lanjut kesan pengambilan makanan atau nutrien tertentu dalam mempengaruhi perkembangan sel,tisu dan organisma serta memahami bagaimana nutrisi mempengaruhi homeostasis. Tuan boleh rujuk kepada artikel Nature Reviews Genetics, Muller and Kersten (2003)untuk pemahaman lebih lanjut. Secara kasarnya pada saya kajian nutrigenomics ini melihat kepada kesan komponen bioaktif dalam makanan kepada pengekspresan gen-gen tertentu dalam DNA manusia.

        • serikandi
          August 11, 2015 at 9:02 am

          MashaAllah. Thank you so much kongsi ilmu dengan kami semua. Mungkin kalau saudara berminat untuk tulis boleh buat satu post di sini khas bawah nama saudara sebagai author.

  8. August 11, 2015 at 12:13 am

    Terima kasih Dr. Elies Alias atas pencerahan ini..tulisan ni buat saya bertambah semangat untuk susukan baby saya dengan susu ibu sepenuhnya dan bantu ibu2 lain juga menyusukan baby mereka dengan susu ibu semata2..

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:48 am

      Itulah harapan saya agar lebih banyak ibu-ibu rasa bersemangat untuk menyusukan anak mereka

  9. Anonymous
    August 11, 2015 at 12:39 am

    I think u shud watch rhe whole interview before comment any.

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:52 am

      Saya ada tulis yang saya takde access to the whole interview. But after reading about the interview dari pihak IBCLC (kalau betul apa yang diorang cakap apa yang diberitahu oleh penceramah), ada banyak perkara yang saya kurang bersetuju dengan penceramah. Plus, saya ada letak disclaimer kat awal2 post yang tulisan ini ditulis oleh orang yang tak tgk interview tersebut, so tulisan ini lebih rendah weightnya berbanding dengan orang yang dah tengok interview. Anyway, harapan saya utk post ini adalah untuk memberi semangat kepada ibu supaya menyusukan bayi mereka.

    • einhyatt
      August 11, 2015 at 8:02 am

      I think if you’ve read this article, it does not matter anymore. Dr Alias did not put her blame on anyone, rather she gave us a new insight on a new (for me) knowledge on genetics. Well done Dr Elise Alias

      • serikandi
        August 11, 2015 at 9:01 am

        tu la.. saya takmo terperangkap dalam kemelut orang lain. saya hanya nak bawa masyarakat berfikir dan paling penting nak beri sepenuh galakkan kepada ibu-ibu supaya menyusukan anak mereka

  10. August 11, 2015 at 12:44 am

    Mashaallah..ilmu Allah itu luas..terima kasih atas perkongsian dr..terus terfikir akan hukum bayi susuan…yg dewasa minumlah byk manapun susu ibu tapi tak akan jadi anak susuan lagi kepada pemilik susu ibu..subhanallah

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:53 am

      Tu lah, ilmu manusia semua berkumpul cuma setitis air dari selaut ilmu Allah

  11. August 11, 2015 at 1:16 am

    Penerangan yg dicari2….terima kasih atas perkongsian…

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:55 am

      Terima kasih

  12. Zuritah A.Kadir
    August 11, 2015 at 2:30 am

    Hi DR,
    Is there any recent study that can be reffered to?latest i mean 2014 or 2015.

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:57 am

      Zuritah, mungkin ada, bolehlah tolong saya cari.. Saya bukan sahaja dah malas, tapi sebab saya kena siapkan beberapa kerja berkenaan kerja saya sendiri minggu ini, so saya kena buat prioriti tersebut. Kalau jumpa kongsikan kat sini ye?

  13. maz
    August 11, 2015 at 2:43 am

    terima kasih atas perkongsian ini doktor..senang nk paham 🙂
    banyak sangat ilmu saya dapat..

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:57 am

      Terima kasih kembali

  14. Anonymous
    August 11, 2015 at 3:49 am

    Anak sy yg bongsu dah umur 3 tahun, masih juga suka myusu saya, umur sy dah 46 tahun, tak larat nak beranak lagi, tetapi nikmat menyusukan anak sangat best, tak dpt sy gambarkan…

    • serikandi
      August 11, 2015 at 6:59 am

      Tahniah kerana sabar menyusukan anak. Kena ada lebih banyak ibu2 yang ada pengalaman menyusu tampil ke hadapan memberi semangat kepada ibu2 baru.

  15. Nur
    August 11, 2015 at 4:49 am

    Salam doktor,

    Terima kasih atas artikel yg jelas dan mudah difahami ni.. saya ada satu soalan tentang pengaruh pemakanan terhadap genetic expression terhadap org dewasa. Banyak produk kosmetik (e.g. kapsul pemutih kulit, suntikan vitamin c) claim boleh mencerahkan kulit seawal 3 hari, dan ada pula yang mengaku memang mengalami perubahan positif. Apa pendapat doktor? Adakah genetic expression mereka diubah?

    Terima kasih,
    Nur

    • serikandi
      August 11, 2015 at 7:00 am

      Salam Nur, minta maaf, saya kurang pasti dan tidak tahu. Mungkin boleh bertanya kepada pakarnya.

  16. amalian
    August 11, 2015 at 7:31 am

    Salam, hi Dr. Can u briefly explain on dna expression. In shortest and sweetest term. TQ

  17. August 11, 2015 at 8:35 am

    tkasih, saya mencari2 penjelasan tentang isu ni dari sudut saintifik.
    penerangan yang simple tapi padat dan membuatkan saya lebih faham. tkasih

    • serikandi
      August 11, 2015 at 9:03 am

      terima kasih kerana membaca

  18. Anonymous
    August 12, 2015 at 3:44 am

    Sy belom berkahwin tp sy suka baca info ttg keibuaan dan anak2…sbb 1day sy juga akan jadi ibu dan mempunyai anak…

    • serikandi
      August 12, 2015 at 10:57 pm

      InsyaAllah, elok sediakan payung sebelum hujan..

  19. AMS
    August 12, 2015 at 4:56 pm

    Mohon maaf kerana saya nak komen sikit ..

    Tulisan Puan lebih banyak teori berbanding fakta .. saya tahu matlamat Puan dan Ustazah berkenaan adalah untuk menggalakkan ibu-ibu menyusukan sendiri anak yang baru lahir dan tidak bergantung kepada susu lembu atau formula .. bahkan tajuk yang sebenar: tolak apa sahaja susu yang bukan susu ibu ..

    Saya tak setuju dgn artikel tulisan Puan sebab .. di antara keistimewaan rembesan perut adalah; ia menguraikan protein atau gula atau lemak apa yg dimakan supaya ia tidak lagi membawa dnanya dan sifatnya ke dalam badan yang memakan ..

    Kalau kita makan kambing dan ia telah dihadamkan dan masuk saluran darah melalui usus kecil .. ketika masuk ke dalam saluran darah, ia tidak ada lagi dna kambing ..

    Saya cabar Puan buktikan ada darah kat jari atau di kaki atau di kepala seseorang yg masih ber’dna’ ikut makanan yg dia makan!

    Dalam bedah siasat .. ahli perubatan dpt tahu makanan yg dimakan oleh seseorg bukan dari kandungan darah .. tapi dari kandungan usus ..

    Mungkin Puan terbiasa dengan istilah “you are what you eat” .. tapi dalam Islam, kita ada istilah yang lebih jauh dari itu .. “you are what you see” dan “you are what you hear” .. kerana pembiasaan melihat sesuatu yang buruk/dosa atau membiasakan diri dengan mendengar perkara yg buruk/dosa, juga akan mengubah perangai dan tingkah laku seseorang ..

    Kalau tak minum susu lembu yang pemarah pun .. tapi anak tersebut didedahkan dengan suasana buruk/dosa .. ia pasti akan mempengaruhi perangai anak berkenaan dan menggubah cara pemikirannya .. sekalipun dia pada asal adalah di atas fitrah .. pencorakkannya akan berlaku dgn suasana walau bukan dengan penyusuan ..

    Apabila dihalalkan lembu dan susunya, ia bermaksud ia halal dan baik .. Allah takkan mengungkit terhadap kita nikmat yang sia-sia atau tidak baik .. maka untuk memburukkan atau merendahkan manfaat nikmat kurniaan Allah, ia adalah sesuatu yang agak tidak patut ..

    Sebutlah kebaikan penyusuan badan, seperti:
    1) ia menjadikan anak berkenaan tenang kerana dakapan si ibu.
    2) ia menguatkan jalinan mesra hubungan anak dan ibu.
    3) ia ….
    dan lain-lain

    Tak perlu pergi kepada hujah yang tak dapat dibuktikan .. tunjukkan kepada saya kalau Puan makan pisang .. pisang itu masih boleh dikesan di dalam darah Puan .. lepas tu baru boleh kita bincang ..

    waAllahu aa’lam

    • serikandi
      August 12, 2015 at 11:09 pm

      Salam AMS, terima kasih kerana komen yang amat panjang.

      But sebelum itu, saya nak bagitahu, yang kebanyakan yang saudara/i tulis mengenai apa yang saya kata adalah salah, samada saudara/i salah faham apa yang saya tulis/kata, atau saya gagal memahamkan saudara/i.

      1st. Banyak pendapat ustazah yang saya tak setuju, dan saya pun ada tulis dalam blog ini, jadi apa-apa yang saudara/i tuduh saya cakap tu, saya tak cakap pun. Cuba ulang baca apa saya tulis, dan bukan percaya apa yang (mungkin) penyokong ustazah tulis. Blog post ini BUKAN untuk menyokong ustazah, malah saya nak betulkan ustazah.

      2nd. Tujuan saya tulis blog ini mengenai susu babyi pun sebab saya nampak banyak yang komen/kutuk ustazah, tapi benda yang diorang komen pun tak betul.. so saya tulis blog post ini untuk mengajar/berkongsi pengetahuan dan menggalakkan ibu2 menyusukan anak.

      3rd. Saya tak cakap pun yang DNA makanan stay dalam badan kita, itu ustazah yang kata. Saya tak kata. Saya siap suruh ustazah betulkan. Yang saya kata, DNA EXPRESSION bayi yang mungkin boleh berubah disebabkan oleh penyusuan. DNA baby tidak akan berubah… expressionnya sahaja yang berubah. Pisang yang saudara/i makan of course akan tercerna menjadi najis atau darah. Bab ini semua orang tahu.

      4th. DNA expression (sekali lagi, bukan DNA) bayi yang dalam proses penyusuan sahaja yang boleh berubah dalam penyusuan. Orang yang dah tua macam saudara/i tidak boleh berubah disebabkan oleh pemakanan (utk org tua, expression boleh berubah dalam beberapa keadaan yang saya sebut sahaja, contohnya ubat atau radiasi), DAN untuk jalan SUSU sahaja, bukan jalan MAKAN. Susu ada different pathway dengan pemakanan.

      Bila dah faham semua ni, then baru kita boleh bincang.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.