Saya dah lama berkira2 untuk berhenti menulis. Apa tidaknya, tak ada apa pun yg boleh saya sumbangkan utk orang lain, ditambah lagi dgn banyaknya blog-blog dan tulisan orang lain yg sungguh2 meningkatkan iman, saya berasa sungguh kerdil. Tetapi disebabkan saya ingat kembali, motto yg menjadi sebab saya berbuat segala sesuatu dalam hidup saya seperti yg tertera pada tema blog saya, lillahi rabbil ‘alamin, segalanya yg saya buat hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, saya terpaksa meminggirkan kembali fikiran saya itu. Mudah-mudahan tulisan2 bodoh saya ini bisa menjadi sebutir nasi yg harapnya dapat mengenyangkan daripada sekampit beras. By the way, semasa saya menulis ini, saya sedang berada di tempat garage membaiki kereta, wiper kereta tersangkut, nasib baik bawak laptop nih..Saya kurang menulis. Nampaknya begitu. Sebabnya, seawal2nya saya telah berikrar untuk tidak menulis apa2 yg saya tak buat. Juga saya tak mahu menulis benda2 yg saya ambik drp orang lain, i.e copy paste karya orang lain walaupun saya aware ada beberapa pihak yg telah mengambil cetusan hati saya dan hanya menukarkan nama anak2.. tak mengapa.. kan orang kata, “imitation is the sincerest form of flattery”. Saya juga ada belajar daripada pengalaman dalam berusrah dulu2, kalau kita memberikan nasihat kpd orang tentang perkara2 yg kita sendiri tidak buat, perkara2 itu tidak akan menjadi kesan dihati orang lain. Juga sebab saya teringat salah satu surah yg saya hafal, ….

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. As Saff 2-3.

Saya ingin berbicara tentang satu perkara… khusyu’. Apakah yg dimaksudkan dgn khusyu’? Kita selalu mendengar tentang khusyu’ dalam solat yg memberi makna sebenar2nya menghayati bacaan2 dalam solat kita, dalam keadaan kita sedar yg kita sedang berbicara dengan Allah, dan kita sedar segala gerak geri kita diperhatikan, dan kita memang sebenar2nya berdiri mengadap Raja kepada segala raja. Inilah perkara yg saya beritahu kepada Adela baru2 ini, kerana dia tak boleh duduk diam masa sedang solat. Ada2 sahaja benda/perkara yg menarik perhatiannya. Bila saya sedang menasihatinya tentang khusyu’, saya teringat untuk berpesan utk diri sendiri. Bagaimanakah halnya dengan orang yg khusyu’ dalam hidupnya? dan bagaimanakah dgn orang2 yg dikatakan khusyu’?
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. Al Baqarah: 45-46
Saya kira, maknanya sama dgn keadaan kita dalam solat; kita senantiasa aware yg Allah sentiasa berhubung dgn hati kita, memerhatikan kita, memelihara kita, mengasihi kita.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, Al Qaf: 16
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al Baqarah:186
Segala mala petaka yg menimpa, hatta pabila kita terpijak duri adalah tarbiyyah daripada Allah dan juga unutk menghapuskan dosa kita, dan untuk mengingatkan kita tentang haya yg lebih besar suapaya kita kembali mengingatinya. Kita yakin, at the end of the day, kita akan kembali menemuiNya, and so everything surrounding us will become very insignificant. Tapi kita manusia? apabila ditimpa bencana, berkeluh kesah, tanpa mengetahui hikmah yg tersirat disebaliknya.
إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; Al-Ma’arij: 19-21.
Saya termasuk dalam orang2 yg berdosa tersebut, Astaghfirullah. Last two weeks, terjadi satu perkara pada saya. Saya perlu memulakan satu experiment dalam siri ekperiment2 saya. Sebelum startnya, saya telah berdoa kepada Allah agar membantu saya, sebab (ayat doa.. orang yg berdoa tak akan kecewa), dan juga sebab takde sapa pun dalam group ophthalmology research saya dapat mengendalikan ekperiment itu dgn berjaya. Saya telah berusaha sedaya upaya sebelum mula supaya betul apa yg saya buat, baca banyak journals, dan selidik beberapa perkara. Di pendekkan cerita, saya accidenttally terbuat satu kesalahan yg salahnya baru saya sedar seminggu kemudian, yg mana seharusnya terlambat utk jangka hayat hidup cells. So, pada hari saya menemui kesilapan saya itu saya merasa sungguh sedih…. saya telah beruasaha dan berdoa,.. tapi tak berhasil. Allah Maha besar, kesilapan saya itu mungkin boleh dikategorikan sebagai accidental discovery… Perkara yg tak sepatunya terjadi telah berhasil.. dan semua sahabat dalam group saya merasa impressed, malah supervisor saya pun terkejut. Masing2 mula bertanya bagaimana caranya dan menyalin daripada saya. Bagaimana saya telah berburuk sangka kepada Allah? Malunya saya kepada Allah. Hilangkah khusyu’ dalam diri ini? mana dia sifat kehambaan?

Hati seorang hamba itu, sepatutnya sentiasa merendah diri dgn Tuan yg memilikinya. Apa2 yg Tuannya beri, dia terima dgn perasaan sangat berterima kasih tanpa meminta lagi selebihnya. Kalau terpaksa meminta pun, dengan merendah diri…. takut2 tak dapat apa yg dipinta. Tapi saya… hati melebihi perasaan seorang tuan pula pada hambanya.. siapa tuan dan siapa pula hamba. Saya salah dan saya silap. Semoga Allah mengampuni saya dan mengasihani saya. Semoga saya dapat nampak selalu didikan drp Allah.

Mengemis Kasih
(Raihan aka The Zikr)

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Selamat Hari raya ‘aidilfitri semua, maaf zahir dan bathin.

5 Replies to “Khusyu’”

  1. Sy pun sering mengeluh bila tak berhasil wat sesuatu sdgkan sy terlupa Allah sentiasa menguji hambanya. Sy malu bila membaca coretan akak ni. Mudah²an sy sentiasa bersyukur selepas ini.

    Selamat hari raya kak Ellies.
    Maaf zahir dan batin.

  2. slamat ari raya…

    Indah juga slah seorang drpnya yg kadang2 tlupa bahawa apa yg berlaku smuanya mmpunyai hikmah yang begitu indah utk dinikmati yg mmg sudah drencanakan oleh Allah.

    Kak, Indah mohon pd akak, jgn bhenti menulis blog ni kak. Myb akak tak sedar yg akak sbenarnya byk mengajar erti kehidupan seorg hamba-Nya yg baik. Bagi akak, akak menulis pkara yg bodoh, tp tak bg Indah. Akak adalah contoh yg baik dan bijak utk Indah contohi. Sedikit sbyk, akak dh byk bdakwah pd pbaca blog ni scara tak langsung.. Jgn benti ye kak?!

    happy eid mubarak kak.
    maaf zahir dan batin.
    Lawa lala, adnan dan adam bbaju kuning… hehe…

  3. Terima kasih Eriyza. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya dgn nabi Yaacub yg diuji Allah dgn penyakit yg sangat berat, tapi dia sangat bersabar. Ujian Allah setaraf dgn kemampuan hambaNya kan?

    Tima kasih juga Indah. Kita bila terlalu leka, tidak perasan 'bicara Tuhan' pada kita. Sesungguhnya kasih Allah itu melebihi kasih seorang ibu kpd anaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.