Lala & Adnan
Wahai anak2ku, La tusy rik biLlah..

 

Satu hari, dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh, Badrul telah telah berpesan kepada Adam. “Adam, Adam tahukah apa perkataan pertama yg Adam dengar the first time Adam lahir ke dunia? Baba bacakan Azan pada telinga Adam, reminding you that Allah is the most powerful, that its only Allah that you should worship. Baba wants you to remember that throughout your life.” Nampaknya, perkataan Bad tersebut telah memberi kesan yg amat dalam pada hati Adam. Saya tahu, sebab saya mak dia..

Berapa kerap anda berborak2 dgn anak2 dari hati ke hati? Borak2 biasa seperti, ”kerja sekolah dah buat? Kenapa tak baca doa sebelum makan dsbg tidak dikira sebagai borak dlm hal ni..”

 Salah seorang kenalan saya, seorang yg bukan Islam, tetapi beliau mempunyai anak2 yg sangat baik, dari segi adap sopan dan pelajaran. Apabila saya tanya mengenai tips drpnya, dia berkata, selalulah berbual2 dgn anak2.. dari hati ke hati. Sebagai contohnya, dia menggunakan masa untuk membawa anjing peliharaan keluarga semasa bersiar2 setiap petang utk berbual dgn anaknya, dan dia berpesan, biasakan berbual dgn anak2 sejak dari kecil lagi.. buallah tentang apa sahaja, tentang teknologi, computer, penyanyi if you have to.. turunkan level kita ke level dia dan cuba fahami perasaan dia. Sebabnya, sekiranya kita tidak berbuat demikian, maka bila tiba masanya anak2 perlu untuk meluahkan perasaan hati dan kebimbangannya kepada kita, kita seolah2 menjadi lupa untuk bagaimana untuk berbual2 dgnnya. Sebab itu kadang kalanya, mereka lebih suka berbual2 dgn kawan2 sebaya lebih drp berbual dgn ibu bapa.

Kadang-kala, ada juga ibu bapa yg cepat melatah apabila anak2 cuba bercerita sesuatu dgn mereka. Contohnya, sekiranya anak yg baru meningkat dewasa beritahu, “mak, that girl is pretty..” mak dia cepat je melenting, “jgn fikir2 hal couple2 ni.. haram!” walaupun itu yg ada di dalam hati mak dia, itu bukanlah cara yg wajar untuk menekel hal tersebut. Si ibu sepatutnya melayan, “kenapa rasa girl tu cantik?” dan tunggu jawapan anaknya.. katalah si anak menjawab, saya suka rambutnya etc.. layanlah jugak jawab, ye kan? Cantik rambut dia curly macam tu. Masa ibu sekolah pun ada kawan macam tu. Semoga InsyaAllah when you got married, dapat wife yg rambut dia lebih cantik drp tu.. tapi you wouldn’t know isn’t it sebab dia pakai tudung? Tapi jgn risau, nanti ibu tengokkan sebelum proceed apa2.. (sebenarnya ini script perbualan saya dgn Adam satu masa dahulu). Kemudian kami tergelak.

Sebelum anda rasa impressed dgn kawan saya tu, sebenarnya dalam islam telah diberi contoh tentang ini. Perhatikan dalam surah Luqman, bagaimana seorang ayah telah berpesan dgn anak2nya.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”

Adnan, akan tiba masanya giliran Adnan pula, InsyaAllah.

Surah ini dan pesanan di dalamnya, amat sesuai sekali diperbincangkan dgn anak2. Seringkalah saya terbaca komen2 di dalam FB atau forum2 yg selalu menyalahkan kaum ibu atas alasan tidak pandai mendidik anak2. Tapi perasan tak dalam alQuran ada tunjuk beberapa contoh ayah dalam berpesan dan mendidik anak2? Selain drp pesanan Luqman kpd anak2nya, boleh nampak juga contoh pesanan dan perbualan antara Nabi Ya’kub and anaknya Nabi Yusuf, dan juga antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Lihat betapa pentingnya penglibatan bapa dalam mendidik anak2 dan kita boleh pelajari bagaimana seorang ayah banyak berbual2 dgn anak2.

Bagaimana kisahnya kalau anak2 yg tidak mempunyai ayah, saya boleh dengar salah satu soalan drp pembaca. (Well, kalau korang tak tanya pun saya tanya diri sendiri). Dalam sejarah telah banyak juga membuktikan yg peranan ibu sama sahaja pentingnya dan banyak anak2 yg membesar tanpa seorang ayah dapat menjadi anak2 yg mengubah dunia. Siti Hajar dapat membesarkan nabi Ismail keseorangan sehingga beliau membesar dan taat dgn arahan nabi Ibrahim walaupun untuk di korbankan. Imam Bukhari, Imam Abu Hanifah adalah contoh2 mereka yg membesar tanpa ayah. Dan banyak lagi juga contoh2 dalam masyarakat kita sekarang tentang kejayaan orang2 seperti mereka. Tetapi apa yg ingin saya highlightkan di sini adalah tentang kepentingan seorang ayah contribute dalam pendidikan anak2 dan kepentingan perbualan antara anak2 dan ibu ayah.

Si ayah yg tidak pernah memuji kecantikan anak perempuan mereka dan tidak menunjukkan perasaan kasih sayang kpd anak perempuan mereka akan menyebabkan anak2 ini merasa ‘jakun’ dgn pujian lelaki di luar sana tentang kecantikan mereka dan akhirnya lentok menyerah kpd lelaki2 durjana tersebut. Lihat sahaja bagaimana contoh yg Rasulullah saw buat dgn Fatimah, baginda memuliakan Fatimah, baginda seorang Nabi yg mulia turun drp kerusi khas baginda dan dudukkan Fatimah ke atas kerusi tersebut apabila Fatimah masuk ke bilik tersebut semasa Nabi sedang mengajar, lihat betapa mulianya akhlaq baginda, kalau kita sure dah bising2 marah anak yg datang mengacau sedang kita mengajar, kununnya. Seorang anak lelaki yg tidak biasa mendapatkan cerita kasih sayang drp ibunya akan mencari ‘geng2’ di luar sana yg lebih faham dgn jiwanya. Tidak kurang pula mahu mempunyai girlfriend yg ‘bisa faham’ dgn perasaan dan melayan hati nuraninya.

Kita perlu berbalik kepada contoh Islam yg sebenar. Pembuangan bayi merata2 ini perlu berhenti sekarang! Umat Islam perlu sedar dan bangun drp tidur yg lena. Untuk bangun daripada tidur tersebut baca dan fahamkan pesanan Luqman tersebut untuk diri kita sendiri.

4 Replies to “Borak”

Leave a Reply

Your email address will not be published.