copyright serikandiku.com
Padang yg dipenuhi dgn lalang, tidak jauh dari rumah saya. Jangan tertipu dgn nama lalang..

 

Kebelakangan ini, saya mengidapi sesuatu yg dinamakan orang sebagai ‘mid-life crisis’. Well, bukan kebelakangan ini, saya rasa dia develop seiringan dgn usia saya. Bila dah tua2 begini, kita tend to fikir, keadaan hidup kita, apakah yg boleh kita beri kepada dunia, apakah yg bakal kita tinggalkan untuk anak2 kita etc. Ingin saya tegaskan di sini yg ianya bukan jealousy pada kelebihan yg kita nampak pada orang lain tetapi ianya lebih kepada perasaan yg probably kita can be more than what we are now.

Ini membuatkan saya terfikir, adakah orang yg mempunyai perasaan sebegini adalah orang yg tidak mempunyai sikap qana’ah (atau dalam bahasa melayunya bercukupan dgn apa yang ada). Apakah yg membezakan orang yg mempunyai sikap qana’ah dengan orang yg berusaha memajukan diri dan kehidupannya? Dalam saya mencari2 jawapannya, saya terbaca tentang beberapa tanggapan dan salah faham dalam agama. Ada orang yg beranggapan bahawa orang yg bersyukur dgn apa yg ada tidak perlu lagi mencari2 apa yg dia tiada. Dan dia menganggap bahawa dirinya sudah zuhud (tidak cinta kepada dunia). Lalu ada orang yg menyalahkan agama yg membuatkan ummat hidup dan tersepit dalam kemiskinan.

Menurut pengertian Prof. Dr. Hamka dalam kitabnya Tasauf Moden; qana’ah itu mengandungi 5 perkara:

  1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.
  2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
  3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
  4. Bertawakal kepada Tuhan.
  5. Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.

 

Menurutnya lagi, qana’ah itu adalah qana’ah hati, bukan qana’ah ikhtiar. Tidak lupa ketika untung, dan tidak cemas ketika rugi. Usahanya kita lantaran kehidupan dunia adalah kewajipan, hidup jangan meminta, hidup mesti bekerja. Tetapi dalam masa yg sama, hati tidak terikat pada dunia. Harta pada tapak tangan, bukan pada jiwa… itulah dia qana’ah. Para sahabat Rasulullah saw ada yg kaya raya, Abu Bakar as Siddiq, Abdur Rahman bin ‘Auf antara contohnya. Mereka tidak meninggalkan pekerjaan mereka sebab mereka ‘konon dah jadi orang alim’. Tetapi mereka menggunakan sebahagian besar harta untuk Islam.

Sahabat sekalian. Saya pernah kenal dgn seseorang suatu masa dahulu, yg tiba2 baru merasakan kelazatan iman, menjadi masyhuk dan cinta dgn akhirat lalu dia berazam untuk meninggalkan dunia ini dgn tidak mahu lagi meneruskan pengajiannya. Tidak mahu lagi bekerja. Ini adalah satu konsep yg salah. Study itu juga adalah ibadah, pekerjaan itu juga adalah ibadah. Apabila kita mengerjakan sesuatu sebagai ibadah dan kerana Allah, kita akan berusaha memberikan 100% dari segala usaha kita… usaha terbaik. Dalam pada itu, tidak boleh juga lupa untuk memberikan 100% dalam ibadah khusus. Masalah kita sekarang adalah, apabila pekerjaan biasa menjadi rutin seharian, kita lupa untuk menjadi khusyu’ sebagai mana kita lupa menjadi khusyu’ dalam solat. Dan orang yg khusyu’ itu tidak berkeluh kesah.

bunga lalang 3 and lebah copyright serikandiku.com
seekor lebah yg sempat dicapture. Lebah tertarik pada bunga, walaupun dia hanya bunga lalang..

So, saya kira, midlife crisis saya tidak salah sekiranya saya ingin menjadi kaya untuk Islam. Tidak salah sekianya saya ingin meninggalkan ilmu dan pengetahuan sebagai amal jariah setelah saya meninggal. Tidak salah sekiranya saya ingin mengukir nama untuk agama. Yang paling penting adalah selalu memperbetulkan niat. Semoga kita menjadi insan yg selalu dipimpin Allah pada jalanNya.

 

copyright serikandiku.com

bunga lalang2 copyright serikandiku.com
Canon D3S, 50mm, ISO 250, f 1/8.

16 Replies to “Qana’ah”

  1. salam..
    betol kate akak..kte akn jd lebih bersungguh2 jika memulakan sesuatu pekerjaan itu LILLAHI TA’ALA..suke ngn entri nih..

    time kasih akak di ats ilmu yg berguna..moga dpt dimanafaatkan utk improve diri ke arah yg lebih baik..insyaAllah 😉

  2. Salam.

    Smga kita semua mempunyai sikap Qana’ah. Amin Ya Rabb.. =)

    *** Gred A untuk photos akak. ^__^
    *** Kalau belakang umah Er mcm ni, tenang kot mata ni wlpun hanya lalang 😀

    1. Terima kasih.. belajarlah dimana2, dunia Allah ini luas, even kat kutub utara/selatan pun sudah tentu ada ilmu berguna dan kecantikan pemandangan masing2 🙂

  3. Salam..saya berterima kasih kepada Allah SWT kerana menarik hati saya untuk membaca tulisan akak. Saya percaya ada sebab Allah menemukan saya dengan tulisan akak. Teruskan menulis akak. Terima kasih kerana telah, sedang dan akan terus menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published.